Bila sudah selalu sangat sibuk sampai tak ada masa untuk selalu ke pasar nak beli barang dapur. Akhirnya terpaksa beli banyak-banyak sekaligus.Barang dapur seperti sayur bila beli banyak takut tak tahan lama, sekejap sahaja sudah layu dan kurang segar.
Seorang suri rumah bernama Yasmin ada berkongsi di akaun TikTok miliknya tentang tips penyimpanan sayur supaya tahan lebih lama.
Tomato ini bahagian tangkai dia paling sensitif. Jadi untuk tahan lama kena terbalikkan ia dan jangan main golek-golek. Nanti lembik dan cepat rosak.
Untuk cili pula, cabut tangkainya terlebih dahulu kerana selalunya tangkai itu yang akan rosak dulu dan menyebabkan cili itu rosak.
Limau nipis ini senang. Cari bekas yang ada penapis biar bekas tak bertakung dengan air. Air itu yang akan menpercepat lagi limau nipis rosak.
Daun sup dan daun ketumbar ini paling senang nak rosak. Cari bekas macam ini atau botol pun boleh. Selepas itu letak air sikit bagi akarnya terendam. Tapi pastikan jangan sampai batang pun terendam sekali. Nanti cepat lembik dan rosak.
Daun pandan ini senang sahaja. Basuh bersih-bersih dulu lepastu simpulkan. Simpan dalam bekas yang tertutup kemudian masuk freezer. Tahan sampai berbulan-bulan tau.
Untuk daun kari atau daun limau nipis ini pula basuh terlebih dahulu. Selepas itu letak dalam plastik zip lock. Isi air kemudian letak dalam peti bahagian sejuk beku.
Untuk sayur hijau rendam dulu dalam air selepas itu lap, kemudian balut dengan tisu dan aluminium foil untuk tahan lebih lama. Lagi elok asingkan sayur yang berpasir contoh macam kangkung dan bayam.
Bawang jangan simpan tempat yang tertutup. Letakkannya di tempat yang kering terbuka dan elakkan simpan sekali dengan sayur-sayur yang lain.
Itu sahaja perkongsian tips penyimpanan sayur supaya tahan lebih lama . Semoga dapat memberi manfaat kepada pembaca-pembaca Giler Deco.