Tips Susunan Perabot Dan Dekorasi Rumah Yang Betul

32,262 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki rumah yang cantik, selesa dan luas merupakan impian setiap keluarga yang menginginkan rumah masing-masing. Jadi, tidak hairan jika ramai diantara kita ini memiliki idaman untuk membuat rumah sebegitu rupa.

Apabila memiliki rumah yang diinginkan, susunan perabot dan juga dekorasi rumah juga merupakan bahagian seterusnya yang perlu dilakukan. Jadi, amat penting untuk mempelajari susunan perabot dan dekorasi rumah yang diajarkan oleh Susun Atur Sioca.

Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda cara yang berguna untuk mempelajari tips susunan perabot dan dekorasi rumah yang betul. Kediamannya juga sangat kosong dengan menerapkan elemen minimalis yang cantik dan menarik. Jom kita ikuti perkongsiannya.

Tips Susunan Perabot & Dekorasi Rumah Untuk Membuat Rumah Nampak Luas

Rumah saya ada empat bilik dan satu airwell. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.

Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di'one-stop-centre'kan di bilik baju. Side table juga tak ada.

Tips Susunan Perabot

Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di'one-stop-centre'kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.

Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri. Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai!

Tips Susunan Perabot

Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA 'RUMAH' SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas.

Tips Susunan Perabot

Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Developer buat ruang macam ni kat rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk.

Sidai baju boleh kering. Sidai orang pun boleh kering haha, betul panas. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dll.

Tips Susunan Perabot

Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli.

Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.

Dekorasi Yang Minimalis

Tips Susunan Perabot

Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua.

Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).

Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.

Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah.

Tips Susunan Perabot
Tips Susunan Perabot

Seronok. Lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan.

Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar. Kalau sempat saya kongsi di sini. Mana baik boleh jadikan tauladan.

Sumber : Susun Atur Sioca

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down