Korang pernah terfikir tak untuk pergi dan merasa sendiri bagaimana untuk merasa bilik suasana kapal angkasa. Selalunya kalau nak merasa suasana macam tu, kene pergi ke sesuatu event kan? Sekarang, anda hanya perlu ubahsuai sahaja bilik tidur anda menjadi ruang angkasa lepas untuk merasai suasana tersebut.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Fathil Zakaria telah melakukan satu transformasi yang mengejutkan para netizen diluar sana. Beliau telah ubahsuai bilik tidur beliau kepada bilik yang bertemakan ruang kapal angkasa. Sekali pandang nampak macam salah satu babak didalam filem star wars.
Beliau menyatakan ingin membuat satu transformasi besar-besaran terhadap bilik beliau yang bersaiz seluas 68 kaki persegi ini kepada bilik bertemakan ruang kapal angkasa. Jom kita tengok hasil dan juga cara beliau menghasilkan bilik ini.
Ini namanya PROJEK PERUMAHAN TERBANG, aku nak transform bilik sekecil 68sq/ft menjadi SPACESHIP!!
1st sekali aku lukis galaxy bahagian ceiling dulu.
Pastu aku lukis pintu.
Ceiling & pintu dah siap. Jom buat cockpit!
Step 1, aku sketch perspektif pakai kapur dulu.
Step 2, banyak padam2 pasal kena ikut logic tak boleh lakar terlalu rendah sbb bila taruk barang2 lukisan akan terlindung.
Lakaran dah siap, jom masuk cat!
Tingkap aku tutup dengan plywood. Tak paku, cuma sendal dgn kayu jer. Boleh bukak atau tutup.
Tak sabar nak lukis planet2 & galaxy, Sebelum tu aku tutup pakai plastik part lain supaya tak kena spray.
Aku masuk effect cahaya silau.. ok dah kot. buat banyak2 takut nampak serabut pulak.
Macam mana dengan hasil transformasi bilik tidur ini? Memang sangat woww kan? Daripada bilik tidur yang biasa kepada ruangan kapal angkasa. Ia juga nampak macam didalam salah satu babak Hollywood. Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Sumber : Ahmad Fathil Zakaria