Setiap anak-anak kita ni sudah pastinya menginginkan sebuah bilik tidur sendiri apabila dah besar kan. Kadang-kadang ibubapa juga ada ajar anak-anak dari kecil lagi untuk tidur bersendirian apabila meningkat umur 6-7 tahun. Tujuan untuk anak-anak memiliki rumah sendiri ini adalah untuk tidak selalu dengan ibubapa walaupun umur dah besar.
Anak perempuan kepada Faten Shahana Shaharuddin ini telah memilik sebuah bilik tidur sendiri. Namun, beliau meminta request daripada ibunya untuk lakukan sedikit ubahsuaian. Jadi, untuk tunaikan hasrat anaknya itu, Faten Shahana Shaharuddin melakukan transformasi bilik tidur anak yang dahulunya biasa sahaja sehingga nampak elegan & cantik.
Assalamualaikum semua warga KDIM.
Disaat orang lain sibuk duk merendang, yang kami sibuk duk tukaq wajah bilik anak dara ni sebab dia kata dia dah besaq kena ubah warna bilik.
Alhamdulillah harini selesai dah, cuma tak sempat beli frame gambaq dan book shelve ja nak letak tepi katil dia. Takpa lahai kira halal la tu tak daya dahhh Ibu dengan Papa pun nak beraya jugak nak masak rendang jugak
Rupa & Keadaan Bilik Tidur Anak Perempuan Yang Asal
Nilah dia rupa bilik anak yang dulu. Jadi, anak kesayangan ini inginkan sebuah dekorasi bilik tidur yang bercahaya dan berwarna putih.
Pembantu cilik juga tolong lakukan transformasi bilik tidur ini. At least, ringan beban sikitkan.
Hasil Transformasi Bilik Anak Perempuan Yang Dilakukan Ini
Beginilah hasilnya transfomasi bilik tidur anak ini. Kita ikut jer dengan design apa dan colour yang dia nak. Maka terjadinya rupa dan dekorasi bilik tidur ini. Yang penting anak-anak happy dengan apa yang dia nak dan ibunya dapat berehat.Hehehehe.
Sumber : Faten Shahana Shaharuddin