Adakah anda pernah terfikir untuk menukarkan bilik tidur kampung menjadi konsep bilik gaming yang moden? Jika ya, anda boleh buat secara (DIY) yang mengambil masa hanya 2 minggu sahaja. Diy dikongsikan oleh @Haleem_Shake didalam sesawang Twitter.
Beliau telah berkongsikan beberapa tips dan cara-cara untuk menukarkan bilik tidur kampung menjadi bilik tidur ala-ala gaming didalam media sosial twitternya.
Perkongsian tentang cara-cara tersebut telah mendapat perhatian daripada warganet di Twitter dan meraih hampir 15k retweets dan juga mendapat 33.7k likes. Jom kita melihat transformasi yang dilakukan dibawah.
GAMBAR SEBELUM MELAKUKAN TRANSFORMASI
Berikut adalah gambar-gambar asal bilik dia sebelum melakukan transformasi.
GAMBAR SELEPAS TRANSFORMASI
Berikut adalah gambar-gambar selepas pengubahsuai dan dekorasi.
PENGGUNAAN WARNA BIRU DAN PUTIH
Penggunaan warna juga penting dalam menghasilkan kecantikkan sesebuah bilik tersebut. Penggunaan warna biru dan putih dipilih olehnya kerana ia menonjolkan lagi elemen tersebut. Dia juga menyatakan bahawa semua ini menelan belanja kos sebanyak RM1000 sahaja tidak termasuk tilam dan katil.
BARANGAN YANG DIGUNA UNTUK UBAHSUAI BILIK
Berikut adalah senarai barangan yang telah digunakan olehnya berserta harga.
Menurutnya didalam twitter, dia memilih kod warna NCS 7070-B10G untuk dinding kayu kerana ia mempunyai ton warna dark blue dan sedikit kehijau-hijauan. Oleh itu, warna pada dinding kayu itu akan menjadi seperti deep ocean blue yang sesuai untuk persekitaran bilik dia.
Semoga dengan perkongsian ini dapat menbantu anda melakukan transformasi anda untuk mengubahsuaikan bilik dikampung itu untuk menjadi bilik gaming. Semoga berjaya semua.
Sumber : @Haleem_Shake