Tidak ramai yang berani membeli rumah lama yang lusuh dan uzur seperti ini untuk dijadikan kediaman idaman mereka. Lagi-lagi apabila kita tidak pernah tahu siapa pemilik sebelumnya dan bagaimana ia dijaga.
Tambahan pula, apabila melihat bahagian dalaman rumah, ianya jelas seperti dimiliki oleh golongan vandalisme dengan dinding dipenuhi dengan contengan ayat tidak bermoral.
Individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan ubahsuai Kyra Kirara. Beliau menunaikan hasrat pemilik baru ini dengan mengubahsuai rumah lama tersebut untuk dijadikan teratak syurga buatnya dan keluarga.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.
Selepas rumah dibeli, beliau mula mengubahsuai rumah tersebut secara keseluruhan kerana mahukan kelainan untuk memastikan beliau dan keluarga dapat tinggal di dalam keadaan yang selesa.
Keadaan ruang bilik sebelum diubahsuai. Terdapat beberapa contengan yang agak tidak sopan pada bahagian dinding.
Keadaan ruangan bilik kosong yang dipenuhi dengan sampah dan habuk kotor serta kelihatan agak tidak selesa untuk dipijak.
Keadaan ruangan sinki dapur yang uzur dan lusuh sebelum diubahsuai dengan dekorasi baru.
Keadaan ruangan dapur yang dipenuhi dengan kulat berserta kekotoran yang agak segan untuk digunakan.
Bahagian tingkap dapur selepas diubahsuai.
Kerja-kerja menaiktaraf dan pengubahsuaian rumah mula dilakukan.
Proses mengecat rumah hampir siap dilakukan dan menunggu masa untuk memasang lantai mozek.
Proses pemasangan mozek selesai dilakukan dengan kemas dan cantik.
Seterusnya proses pemasangan mozek dilakukan di ruangan bilik yang lain.
Proses mengecat juga diteruskan untuk memastikan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Proses menaiktaraf ruang dapur juga sedang giat disiapkan.
Keadaan rumah selepas hampir 80 peratus siap diubahsuai.
Proses pemasangan pintu dan tingkap rumah dilakukan sehingga larut malam.
Hasil selepas rumah ini selesai diubahsuai. Nampak baru seperti rumah baru siap dibina.
Gambar sudut hadapan rumah setelah selesai diubahsuai.
Gambar keadaan bilik setelah selesai diubahsuai.
Ini pula gambar bahagian dapur yang sudah siap diubahsuai.
Mengikut pengiraannya, bajet yang dikeluarkan hampir RM30 ribu untuk menaiktaraf dan mengubahsuai rumah uzur berkenaan.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk melakukan ubahsuai rumah sehingga menjadi rumah idaman supaya cantik dan berseri.