Transformasi Rumah Papan Konsep "Modern Industrial"

1,887 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah kampung atas papan ini biasanya tidak ramai yang akan melakukan sebuah transformasi yang menyeluruh. Ini kerana transformasi tersebut memerlukan banyak tenaga dan juga duit untuk merealisasikannya.

Namun, itu tidak menjadi penghalang kepada Nor Azura Aziz ini yang berkongsikan sebuah transformasi rumah kampung beliau kepada konsep "Modern Industrial". Tambahan pula, beliau juga melakukan extend belah bawah rumah kampung tersebut. Menurut beliau lagi, konsep "Modern Industrial" ini dilakukan untuk kelihatan lain daripada yang lain.

Beliau telah berkongsikan transformasi ini didalam sebuah grup Facebook bernama Kelab Deko Sebelum & Selepas. Jadi, jom kita tengok bagaimana rupa rumah kampung ini sebelum dan selepas transformasi dilakukan.

Transformasi Rumah Papan Lama Yang Menerapkan Konsep "Modern Industrial"

sharing sedikit deko sebelum & selepas rumah saya,rumah kampung atas papan (rumah pusaka) kemudian extend belah bawah jenis batu,belah bwh adalah dapur & toilet sy yg berkonsepkan moden industrial (cuba lari dari kebiasaan)

Gambar Setiap Ruang Sebelum & Selepas Transformasi

Bahagian Ruang Tamu ( Sebelum )

Inilah dia bahagian ruang tamu yang asal.

Transformasi Rumah Papan

Bahagian Ruang Tamu ( Selepas )

Keadaan ruang tamu selepas transformasi dilakukan. Semua perabot ini kebanyakkan dibeli di IKEA. Untuk karpet pula dibeli di Nilai 3. Untuk lantai hanya syelek sahaja. Sebab tu nampak berkilat.

Transformasi Rumah Papan

Bahagian hadapan Rumah ( Sebelum & Selepas )

Bahagian luar rumah yang nak masuk kedalam rumah. Simple jer, tak ada apa yang berubah. Cuma lakukan dekorasi agar nampak cantik.

Transformasi Rumah Papan

Bahagian Dapur ( Sebelum )

Dapur ini saya nakkan jenis table top. Kos untuk membuat dapur ini adalah dalam RM35k untuk 20x20.

Transformasi Rumah Papan

Bahagian ruang makan yang kosong.

Proses membuat table top pada masa ni.

Bahagian Dapur ( Selepas )

Tadaaaa! Inilah dia hasil dapur saya. Simple jer. Tak perlu banyak perabot bahagian dapur ni agar sentiasa nampak kemas dan bersih.

Transformasi Rumah Papan
Transformasi Rumah Papan

Bahagian Tandas ( Sebelum & Selepas )

Last sekali adalah bahagian tandas rumah kami ini.

Transformasi Rumah Papan

Sumber : Nor Azura Aziz

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down