Memiliki rumah yang cantik dan selesa memang menjadi impian setiap pemilik rumah. Hal ini kerana, dengan memiliki rumah yang cantik dan selesa akan lebih membangkitkan keceriaan buat seisi keluarga yang menetap di rumah tersebut.
Perkongsian kali ini adalah dari Nurhawa Arsad. Beliau berkata, ubahsuaian rumah ini dilakukan sendiri olehnya dan suami. Barang-barang untuk pengubahsuai rumah dan tandas juga dibeli sendiri. Suaminya hanya melakukan tugas pertukangan sahaja untuk memastikan keinginan isterinya menjadi kenyataan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini.
Journey untuk mendapatkan toilet ala-ala hotel idaman si isteri.
Suami redha sebab segala kepayahan pemilihan barangan dan tugas membeli barang, saya pergi beli sendiri.
Gambar sebelum dan selepas ubahsuai luaran rumah dijalankan.
Ruang tamu setelah selesai diubahsuai.
Keadaan dapur sebelum dan selepas diubahsuai.
Gambar sewaktu pemilihan tiles untuk pemasangan dinding shower dan lantai tiles. Bagi yang bertanya, jenis tiles ini licin ke kasar?
Jawapannya adalah tiles jenis kasar, hal ini disebabkan, lantai basah seeloknya guna tiles yang kasar. Dengan itu, kita dapat mengelakkan dari bahaya tergelincir.
Keluasan toilet adalah lebih kurang 4 x 7 kaki sahaja. Walaupun ruang agak sempit, Itu bukan menjadi penghalang untuk mengubahsuai tandas tersebut kepada konsep mewah yang lebih menarik.
Keadaan tandas yang hampir siap diubahsuai.
Beliau berkata, bahagian paling menarik adalah pemilihan segala jenis aksesori, rasa canggih betul toilet brush dan holder ini.
Inilah hasil akhir setelah bilik air selesai diubahsuai. Memang begitu menarik dan cantik apa yang dilakukan oleh pasangan ini.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.