Transformasi Rumah Sewa Kosong Gaya Mampu Milik

65,463 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tidak semua diantara kita mampu untuk memiliki rumah sendiri. Hal ini kerana, ramai dikalangan kita ada yang masih berusaha mengumpul duit untuk membeli rumah sendiri dan memilih untuk menyewa sahaja buat sementara waktu.

Walaupun sekadar tinggal di rumah sewa, itu juga bukanlah menjadi penghalang untuk kita menjadikan ianya lebih selesa untuk dihuni. Perkara tersebut telah dilakukan oleh penyewa ini yang bernama Nabilla Zainol. Beliau telah menghasilkan transformasi rumah sewa kosong gaya mampu milik.

Jom ikuti perkongsian menarik ini.

Transformasi Rumah Sewa Kosong

Walaupun rumah sewa tak salah kalau kita jaga baik-baik kan. Alhamdulillah walaupun saya tak pandai sangat tapi insyallah selesa untuk kami sekeluarga.

Keadaan rumah sewa sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan konsep sedap mata memandang. Memang rumah sewa ini kelihatan agak kosong.

Transformasi Rumah Sewa Kosong

Keadaan ruang tamu rumah sewa setelah di cat, perabot dimasukkan, langsir ditukar dan sebagainya. Cukup selesa untuk keluarga mereka tinggal.

Transformasi Rumah Sewa Kosong

Keadaan ruang tamu bahagian rak tv rumah mereka.

Transformasi Rumah Sewa Kosong

Keadaan ruang makan rumah sewa. Cantik dekorasi dan konsep yang dibuat olehnya.

Transformasi Rumah Sewa Kosong

Keadaan dapur dan kabinet sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan gaya dan konsep baru.

Transformasi Rumah Sewa Kosong

Keadaan dapur dan kabinet selepas proses ubahsuai dilakukan dengan gaya dan konsep baru. Konsepnya sangat simple tapi cukup menarik.

Transformasi Rumah Sewa Kosong

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu dan memberi inspirasi kepada semua pembaca. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down