Macam tak percaya! Dari keadaan ruang yang sangat lusuh mampu ditukarkan menjadi konsep cukup cantik dan indah. Walaupun hanya dengan menggunakan cara bajet, namun ubahsuai yang dihasilkan itu cukup kelihatan mewah dan begitu mengancam.
Ubahsuai ini telah berjaya dilakukan oleh Nurain Kassim. Bayangkan, dari keadaan asal rumah orang tengok pun tak mahu pandang. Setelah selesai dilakukan ubahsuai, boleh dikatakan setiap hari rasa nak pandang.
Jadi, untuk melihat proses dan hasil ubahsuai yang dilakukan ini, jom teruskan bacaan dibawah ini.
Hai salam deco dari Sarawak. Sekadar perkongsian rumah subsale kepada rumah idaman tema simple dan minimalist bajet saya.
Total cost all in RM100k.
Inilah keadaan asal rumah ini ketika dibeli olehnya.
Bahagian ruang tamu. Asal ada 3 bilik dan 2 bilik air.
Keadaan ruang dapur asal yang bertingkat.
Keadaan asal belakang rumahnya berwarna merah. Banyak barang pemilik rumah asal di sini.
Ini adalah sewaktu sesi renovation dilakukan. Beliau ubahsuai kesemuanya sebab tidak mahu ikut konsep rumah asal dan supaya nampak lebih luas.
Bahagian hadapan rumah selepas diubahsuai.
Keadaan belakang rumah selepas diubahsuai. Beliau berkata, mungkin rezekinya kerana dapat rumah yang mempunyai parking depan dan belakang.
Bahagian ruang tamu setelah diubahsuai.
Ini pula bahagian ruang makan selepas diubahsuai.
Keadaan ruang dapur setelah selesai diubahsuai.
Bahagian dapur ini dipasang sliding door supaya asap tidak dapat memasuki ruang tamu rumah.
Bahagian ruang laundry setelah diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca di luar sana untuk dijadikan sebagai inspirasi. Selamat mendeko.