Paip dirumah anda selalu bocor dan keadaan tandas lama pula sangat menyakitkan mata? Usah risau sebab nak settlekan masalah semua tu anda hanya perlu lakukan transformasi tandas lama tersebut menjadi baharu semula.
Wanita yang bernama Fatin Nur ini telah berkongsikan bahawa beliau sudah tidak tahan dengan keadaan tandas lama beliau yang selalu rosak. Paip pula bocor dan rupa tandas pun sudah lama. Jadi, beliau mengupah orang untuk lakukan transformasi tandas tersebut.
Jom kita tengok perkongsian daripada Fatin Nur ini terhadap transformasi yang dilakukan ini.
Arini saya nak share ruangan TOILET saya sebelum dan selepas ditransform. Boleh dikatakan ubah sepenuhnya untuk toilet ni sebabnya sebelum ni banyak sangat paip yang bocor sana sini.
Jadi saya minta ID untuk ubah semuanya. Kira untuk toilet saya buat piping baru semua supaya xde lagi bocor.
Gambar Tandas Asal & Semasa Proses Transformasi Dilakukan
Inilah dia tandas rumah saya yang asal. Saya dah tak tahan dengan paip tandas ni selalu bocor dan memang betul bertekad untuk mengubah semua tandas ni agar nampak baharu. Jadi, saya meminda ID untuk mengubahkan semuanya.
Proses transformasi tandas ini sedang dijalankan. Proses mengetuk dinding ini harus dilakukan untuk membaiki paip-paip yang bocor dan menukarkan semua kepada paip baharu.
Rupa Tandas Yang Baharu Selepas Transformasi Tandas Dilakukan
Tadaaaa! Inilah dia rupa tandasku yang baharu serta nampak elegan ini. Lepas ni, tak perlulah nak hadap masalah paip yang bocor sebab semua dah tukar baharu.
Ramai yang tanya berapa ketinggian antara lantai dan siling ni. Ketinggiannya adalah dalam 8 kaki.
Disebabkan ramai tanya barangan apa yang digunakan. Ni saya nak listkan sedikit barangan yang digunakan untuk transformasi tandas yang dilakukan ini.
Sumber : Fatin Nur