Ubahsuai Bahagian Bawah Dapur Table Top | Giler Deco

Ubahsuai Bahagian Bawah Dapur Table Top

deco dapur

Siapa yang tidak mahu memiliki dapur yang cantik dan kemas bukan? Boleh dikatakan semua orang mahu memiliki dapur yang cantik dan baru. Cuma tidak semua orang mampu untuk memiliki dapur sebegini kerana masalah kewangan. Perkongsian kali ini adalah dari Nur Hidayat Dahalan.Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai bahagian dapur table top hanya bermodalkan rm2k.

Ubahsuai Dapur Table Top Murah Dan Jimat :

Salam sejahtera semua. Disini ingin saya tontonkan kepada kalian semua hasil kerja saya selama 2 bulan untuk menghasilkan kabinet dapur bahagian bawah Table Top.
Kos bahan mentah semua saya habis hampir 2K (5bulan aku beli barang sikit-sikit, tahu-tahu dekat 2K habis). Kedai hardware, Shopee dan Lazada tempat saya beli barang-barang.
Kos tadi tidak melibatkan mesin-mesin dan alatan tukang sebab barang-barang itu sudah mula beli sikit-sikit sejak tahun tahun lepas lagi.
Kerja memang lambat, atas banyak alasan dan sebab kerana saya masih bekerja, bertukang ini hobi jadi habis kerja baru layan (itu pun kalau ada mood). Selama 2 bulan kerja kayu dan bingkai pintu aluminium saya buat, kaca itu sahaja tempah dekat kedai.
Semoga memberi manfaat dan inspirasi kepada kalian semua untuk terus bertukang, buruk atau cantik kita sendiri jugak yang buat, yang penting diri sendiri puas hati.
Sekian terima kasih.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian gambar yang telah dikongsi oleh lelaki ini dilaman facebook miliknya.
Ini adalah segala peralatan yang digunakan olehnya untuk melakukan diy ubahsuai dapur kabinet ini.
deco dapur

Ini juga adalah peralatan yang digunakan.

Ini adalah bingkai yang digunakan untuk menghasilakn kabinet dapur ini.

deco dapur

Ini adalah ketika rangka kabinet dipasang.

deco dapur
Ini adalah ketika tape dilekatkan untuk proses masukkan bingkai.

Ini adalah ketika keadaan bingkai siap dipasang.

deco dapurSebelum dan selepas. Mula 20 Nov siap 20 Dec 2020.

deco dapur

deco dapur

Drawer ni beli kat Shopee. Pintu depan kena buat sendiri.

Rak pinggan buat platform je, rak tu beli kat Shopee.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada anda semua dalam melakukan diy kabinet dapur dan deco dapur. Selamat mencuba.

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami

Produk-produk di dalam artikel ini

Ubahsuai Bahagian Bawah Dapur Table Top
Kitchen Cabinet Pull Out Basket
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram