Ubahsuai Bilik Air Kayangan Milik Emak Di Kampung Halaman

6,774 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik air ataupun tandas ini merupakan tempat yang sebetul-betulnya perlu selalu bersih. Jika tandas tidak bersih dan berada dalam keadaan yang kotor akan menjejaskan dekorasi dirumah anda. Tandas yang kotor dan terbiar seeloknya perlu dilakukan sedikit ubahsuai agar ianya kelihatan lebih menarik dan cantik macam dilakukan oleh Oppa PerOS ini.

Ubahsuai bilik air ini dilakukan sendiri oleh beliau di kampung halaman yang merangkumi pelbagai bahan antaranya ialah wallpaper kalis air, bekas utensil dan pelbagai lagi. Jom kita melihat hasil ubahsuai bilik air milik emak yang dilakukan oleh beliau ini.

Projek Ubahsuai Bilik Air Milik Emak Ala-Ala Tandas Kayangan Di Kampung Halaman

Saya share bilik air kayangan mak saya. Rumah papan dan orang tua duduk sorang sebab anak2 dah kawin semua. Bilik air nih saya lama dah taram nak buat bagi lawa. Puluh tahun saya nak buat tapi tak ade mase. Nak mintak tolong anak² laki masing2 sibuk. Balik kampung ade koje lain. Sebelum pkp2 start sempat saya balik kampung. Time ni banyak masa.

Jenuhh saya pikirkan macam mana cara nk renovate bilik air nih tanpa modal tinggi, tanpa menyusahkan orang lain, tanpa guna simen dan tiles dan macam mana cara nak buat dengan lantai berdaki yang jenuh nak berus selalu. Berus pun tak terdaya dah. Kena pakai waterjet baru ilang. Pikir dan pikir jadilah gini.

Modal nak upah orang buat bilik air macam nih bukan sikit² tau. Semua barang dalam nih saya beli dari shoppe. Hanya shopee pay saje tak keluar mana² pun cari barang. Tak payah beratur mana² pun. Cuma tunggu depan rumah jekkk nanti abg/kakak delivery service pun². Ambik barang sampai famous lah mak saya.

Abang/kakak courier dah hafal alamat dengan nama. Agak² berapa kos saya renovet nih? 1 lagi cabarannya bilik air ni ukuran tak same semua nya. Senget sane senget sini. Lebih cam sana lebih cam sini. Tak rata simen pun. Aii maklum lah tukang rumah dulu². Pakai dan je kot tak ade tali tape. Buat sorg jekk tengah malam.

Projek Ubahsuai Bilik Air Yang Cantik Ala-Ala Tandas Kayangan Gituu

Inilah dia bilik air sebelum kejadian projek ubahsuai dijalankan.

Legend ni siap ada tempayan air lagi kat tempat ni.

Ubahsuai Bilik Air

Yang ni adalah dinding papan rumah tersebut. Kayu para tu dah di mkn anai² jahat. Habis la lubang. geram rasanya.

Ubahsuai Bilik Air
Ubahsuai Bilik Air

Hasil Akhir Projek Ubahsuai Bilik Air Kayangan Milik Ibu Ini

Tadaaaaa!! Selepas berhempas pulas beli wallpaper apa semua di shopee. Inilah dia hasil bilik air rupa kayangan ini. Warna-warni gituuu.

Ubahsuai Bilik Air

Ini adalah botol shampoo. Saya potong tampal dan bawah botol tu ada lubang. Tujuannya adalah untuk elakkan air bertakung nanti.

Dekat tapak kaki tu saya fail. Macam mana nak bagi putih berkilat balik ye? Dah letih tonyoh dah sebab benda kasar calar pulak batu tu.

Ade rasa mcm di kayangan tak?

Ubahsuai Bilik Air

Rase macam mandi tepi air terjun jer macam puteri Santubong berendam.

Ubahsuai Bilik Air

Kredit : Oppa PerOS

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down