Bilik adalah satu ruang privasi yang cukup penting bagi setiap orang. Selain digunakan untuk tidur pada waktu malam, ia juga digunakan sebagai tempat beristirehat di kala seharian penat bekerja.
Walaupun masih bujang, itu tidak bermakna ia tidak perlu dihias dan diberikan nafas baru walaupun usia bilik itu sudah berusia lebih 20 tahun.
Itu yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Nur Muhammad Nur. Beliau telah melakukan ubahsuai terhadap bilik bujangnya dengan satu konsep yang cukup cantik dan menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dekorasi bilik bujang dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah. Selepas 20 tahun bilik tak pernah buat apa-apa. Deco bilik saya, bilik lelaki bujang. Okay tak?
Total barang perabot semua beli dekat IKEA online sahaja kecuali lantai kayu itu beli di Shopee je. Kos penghantaran dan pasang asing
Keadaan bilik tidur yang berusia 20 tahun sebelum diubahsuai.
Semua perabot dikeluarkan terlebih dahulu dan dibersihkan.
Kemudian, bilik tersebut dicat dengan warna pilihannya.
Bekas lampu gantung bercorak dipasang.
Dinding selesai dicat.
Langkah seterusnya, sapu dan kemaskan habuk yang ada pada kawasan lantai tersebut.
Seterusnya, pemasangan drawer pada bahagian tepi katil pula.
Keadaan bilik setelah katil dan drawer dibawa masuk.
Kemudian, proses seterusnya pula adalah pemasangan untuk almari pula.
Almari baju selesai dipasang.
Keadaan bilik pada waktu malam setelah dipasang lampu galaxy berwarna biru.
Sangat kelihatan cantik dan menarik. Seperti tidur di bulan dengan adanya lampu yang berkonsepkan galaxy seperti ini. Kreatif idea yang dihasilkan ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.