Sebagai pemilik rumah, jika memiliki rumah yang mempunyai banyak bilik, ia cukup memberikan kelebihan buat kita. Hal ini kerana, bilik yang tidak digunakan itu boleh ditukarkan menjadi satu ruang untuk beribadah tanpa diganggu oleh sesiapa di situ.
Seperti yang kita tahu, ruang bilik yang jarang digunakan tidak digalakkan untuk kekal terbiar tanpa digunakan. Ini bagi mengelakkan dari gangguan makhluk halus dan sebagainya. Lebih-lebih lagi rumah tersebut baru dibeli, sudah pasti ia perlu dibersihkan dan pastikan kesemua bilik di dalam rumah sentiasa digunakan.
Seperti yang dilakukan oleh insan yang bernama Hafiz Sarah. Beliau dan pasangan telah membeli rumah secondhand ini tersebut lalu bilik tetamu yang tidak digunakan ditukarkan menjadi bilik solat.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti di bawah ini.
Projek wainscoting bilik solat.
Pada ketika ini, beliau baru sahaja selesai melakukan pemasangan aircond. Selepas itu, Bermulalah sentapan wallpaper. Beliau dan pasangan beli rumah ini yang sudah siap ditampal wallpaper. Rumah ini jenis secondhand.
Beliau memasang aircond dahulu sebelum mula mengemas. Barulah dapat mengemas dengan tenang.
Proses dimulakan dengan membuang wallpaper terlebih dahulu. Lagi senang kalau spray wallpaper itu dengan air. Baru tak tertanggal cat-cat pada kawasan bawah yang mengundang musibah dan istighfar.
Selepas itu, aktiviti mengikis gam wallpaper tuan rumah terdahulu dilakukan oleh mereka. Kemudian, barulah cat dengan warna pilihan.
Untuk lapisan pertama, ia dicat dengan warna biru lembut. Sebelum menyapu cat, lakukan undercoat dahulu selapis. Kemudian, apabila sudah kering, terus cat.
Keadaan dinding setelah dicat.
Langkah seterusnya pula adalah pemasangan wainscoting pada bahagian yang di cat itu.
Selesai sudah ubahsuai bilik usang ini jadikan bilik solat. Inilah individu yang bertanggungjawab menjadi tukang pasang lantai dan siapkan dinding. Gantung telekung itu juga dihasilkan sendiri.
Kemudian boleh la bawa masuk tilam untuk tidur di sini. Kalau bulan puasa boleh jadikan ruang untuk qiamullai.
Beliau menambah sedikit gajet dan peralatan yang diperlukan untuk beribadah. Langsir dan sheer dibeli dari personal shopper. Al-Quran besar dan Al-Quran holder itu beli dari Shopee. Pengikat langsir magnet itu dibeli dari Ecoshop.
Menarik dekorasi ruang solat yang dihasilkan ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca Giler Deco di luar sana.
Semoga bermanfaat.