Ubahsuai Bilik Usang Jadikan Bilik Solat

375 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Sebagai pemilik rumah, jika memiliki rumah yang mempunyai banyak bilik cukup memberikan kelebihan buat kita. Hal ini kerana, ia boleh dijadikan satu ruang untuk beribadah tanpa diganggu oleh sesiapa disitu.

Seperti yang kita tahu, ruang bilik tidak digalakkan untuk kekal terbiar tanpa digunakan, ia bagi mengelakkan dari gangguan makhluk halus dan sebagainya. Lebih-lebih lagi rumah tersebut baru dibeli, sudah pasti ia perlu dibersihkan pastikan kesemua bilik di dalam rumah sentiasa digunakan.

Seperti yang dilakukan oleh insan yang bernama Hafiz Sarah. Beliau dan pasangan membeli rumah secondhand ini dan hasilkan bilik solat pada bilik tetamu yang tidak digunakan itu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian menarik ini.

Ubahsuai Bilik Usang Jadikan Bilik Solat

Projek wainscoting bilik solat.

Pada ketika ini, beliau baru sahaja selesai melakukan pemasangan aircond. Selepas itu, Bermulalah sentapan wallpaper. Beliau dan pasangan beli rumah ini yang sudah siap ditampal wallpaper. Rumah jenis secondhand.

deco bilik solat

Pasang aircond dahulu sebelum mula kemas. Barulah dapat mengemas dengan tenang.

deco bilik solat

Proses dimulakan dengan membuang wallpaper terlebih dahulu. Lagi senang kalau spray wallpaper itu dengan air. Baru tak tertanggal cat-cat pada kawasan bawah yang mengundang musibah dan istighfar.

deco bilik solat

Selepas itu, aktiviti mengikis gam wallpaper tuan rumah terdahulu dilakukan oleh mereka. Kemudian, barulah cat dengan warna pilihan.

deco bilik solat

Untuk lapisan pertama, ia dicat dengan warna biru lembut. Sebelum letak dicat, lakukan undercoat dahulu selapis, kemudian, apabila sudah kering, terus cat.

deco bilik solat

Keadaan dinding setelah dicat.

deco bilik solat

Langkah seterusnya pula adalah pemasangan wainscoting pada bahagian yang di cat itu.

dekorasi bilik solat

Selesai sudah ubahsuai bilik usang ini jadikan bilik solat. Inilah individu yang bertanggungjawab menjadi tukang pasang lantai dan siapkan dinding. Gantung telekung itu juga dihasilkan sendiri.

deko bilik solat

Kemudian boleh la bawa masuk tilam untuk tidur disini. Kalau bulan puasa boleh jadikan ruang untuk qiamullai .

Beliau tambah sedikit gajet dan peralatan yang diperlukan untuk beribadah. Langsir dan sheer beli dari personal shopper, Al-Quran besar dan Al-Quran holder itu beli dari Shopee. Pengikat langsir magnet itu beli dari Ecoshop.

deco bilik solat

Menarik dekorasi ruang solat yang dihasilkan ini, semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca Giler Deco diluar sana.

Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Jun 23, 2022
Dikemaskini pada
Jun 26, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down