Bekerja di bandar atau jauh dari kampung halaman memang menyukarkan kita untuk membeli rumah. Hal ini kerana, kos dan harga rumah di bandar sangat mahal berbanding di kampung.
Sudah pasti rumah di kampung lebih murah harganya berbanding di bandar. Menjadi satu kelebihan untuk kita jika dapat bekerja di kampung halaman sendiri. Jika mempunyai rumah di kampung, tidak kira rumah lama ataupun hanya sekadar tanah sahaja, seeloknya gunakan peluang ini untuk ubahsuai dan usahakan tanah itu kerana ianya menjimatkan kos yang perlu dikeluarkan.
Perkara tersebut telah dibuktikan oleh wanita ini yang bernama Syakila Mothar. Beliau telah mengubahsuai keseluruhan rumah yang sudah 7 tahun terbiar itu kepada satu konsep baru yang cukup menarik.
Jadi, untuk melihat hasil ubahsuai yang dilakukan, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Salam dan selamat sejahtera semua. Rezeki dapat balik bekerja dan bermastautin di kampung halaman. Boleh buat balik rumah yang beli 7 tahun dulu. Fokus dekat kitchen dengan living room dulu.
Tema yang digunakan adalah scandinavian. Cari dekat pinterest tengok sampai berpinar mata.
Jom warga scandinavian, jom berkongsi idea deco rumah. Banyak lagi ruang yang belum deko.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Ruang dapur setelah diubahsuai.
Ini pula adalah ruang tamu sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Dinding ruang tamu semasa proses sedang dilakukan.
Hasil akhir ruang tamu ini setelah digayakan dengan konsep baru.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca diluar sana dalam mencari idea untuk hasilkan dekorasi pada rumah di kampung. Selamat mendeco.