Melakukan kerja-kerja renovasi secara DIY pada masa kini boleh dikatakan tidak asing lagi dalam kalangan kita. Hal ini kerana, penghasilan ubahsuai dan dekorasi dengan cara Do it Yourself lebih menjimatkan kos.
Ianya sangat sesuai sekiranya pemilik rumah mempunyai bajet yang tidak begitu besar untuk mengupah orang melakukan ubahsuai.
Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Sazarina Jamaluddin. Beliau telah melakukan ubahsuai dapur lama miliknya itu hanya menggunakan wallpaper brick sahaja.
Jadi, jom sama-sama kita lihat dengan lebih lanjut di bawah ini.
Konsep dekorasi simple sahaja dapur saya. Malu nak tunjuk. Barang lain semua simpan dalam kabinet.
Teringin nak rak dan balang kaca simpan rempah-rempah itu, ada idea tak?
Keadaan dapur sebelum diubahsuai.
Kos yang dikeluarkan untuk kabinet jenis ini sekitar RM1.8K.
Bahagian tempat rak barangan elektronik dan peti sejuk sebelum diubahsuai.
Inilah rupa dapur ini selepas berjaya diubahsuai.
Bahagian memasak sebelum diubahsuai.
Bahagian memasak selepas diubahsuai.
Langsir skirting kabinet sebelum diubahsuai.
Keadaan bahagian dapur setelah selesai diubahsuai.
Dekorasi pada bahagian table top dan juga pada dinding dengan susunan yang kemas.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk mencantikkan bahagian dapur dengan cara bajet. Semoga bermanfaat.