Dekorasi Lantai Rumah Dengan Menggunakan Lantai SPC

2,105 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penggunaan material SPC pada bahagian lantai rumah pada masa kini sudah semakin digilai ramai. Hal ini kerana, penggunaan lantai jenis ini bukan sahaja mudah untuk dipasang, ia juga dapat menaikkan lagi seri rumah. Ini adalah disebabkan oleh sifat lantai tersebut yang menyerupai lantai kayu menyebabkan suasana rumah lebih kelihatan mewah.

Bagi menjadikan kediaman dalaman lebih cantik dan menarik, wanita ini yang bernama Siti Hajar Abdul Rahman telah menghasilkan dekorasi lantai rumah dengan hanya menggunakan lantai SPC sahaja.

Jadi, untuk melihat hasil pemasangan yang dilakukan, jom sama-sama ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Dekorasi Lantai Rumah Dengan Menggunakan Lantai SPC

Assalamualaikum.

Perkongsian dekorasi rumah sebelum dan selepas penggunaan lantai spc. Hampir semua keseluruhan rumah menggunakan barangan IKEA. Masih banyak perlu ditambah baik.

Bahagian lantai bahagian dapur sebelum diubahsuai.

Dekorasi Lantai Rumah
Dekorasi Lantai Rumah

Keadaan dapur rumah selepas diubahsuai dengan menggunakan lantai spc. Pada bahagian table top tersebut, jenama yang digunakan adalah IKEA Säljan dengan mineral effect.

Ia mempunyai dua saiz berbeza, dalam gambar di bawah adalah paling panjang yang digunakan.

cara pemasangan lantai spc 1

Ramai juga yang bertanya kepada beliau mengenai kerusi dan meja makan tersebut. Meja makan dan kerusi yang digunakan juga adalah dibeli dari IKEA.

Boleh dapatkannya disini :

Kos keseluruhan untuk kabinet itu sekali dengan pemasangan sekitar RM9K.

Dekorasi Lantai Rumah

Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.

Dekorasi Lantai Rumah

Bahagian ruang tamu selepas diubahsuai. Perabot-perabot yang digunakan ini juga dibeli dari IKEA.

Dekorasi Lantai Rumah
Dekorasi Lantai Rumah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba mencantikkan bahagian dalam rumah. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down