Kalau mahu menjadikan rumah kita kelihatan lebih cantik dan menarik, kadang kala tidak semestinya perlu dilakukan sendiri. Jika kita menggunakan khidmat orang yang pakar dalam dekorasi, sudah pasti kediaman kita akan kelihatan lebih cantik dan menarik.
Individu yang diberi tanggungjawab dalam mencantikkan rumah ini adalah Noro Naim. Beliau dengan jayanya telah menghasilkan ubahsuai keseluruhan rumah lama ini kepada konsep moden elegan yang cukup menarik. Untuk pengetahuan, rumah yang berkeluasan 935 sqft ini akan dijadikan rumah persinggahan buat Puan Ruby sekeluarga jika pulang ke Cheras.
Jadi, tanpa berlengah lagi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut perkongsian di bawah ini.
Terima kasih kepada Puan Ruby dan Tuan Razali kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Jangoks ID. Tuan rumah menetap di Skudai, apa - apa perbincangan, kami melalui telefon sahaja.
Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ruang tamu selepas diubahsuai. Cat yang digunakan adalah Jotun Majestic Timeless matt.
Interior designer ini berkata:
Sangat mudah berurusan dengan pemilik rumah ini yang bernama Kak Ruby dan Abang Zali ini.
Mereka menyerahkan 100% tanggungjawab kepada team ini untuk jadikan rumah persinggahan konsep ala-ala hotel. Sentiasa happy go lucky dan sporting.
Masa mula-mula beliau melangkah masuk ke rumah, tak berhenti-henti cakap "Cantiknya noro, cantik, cantik, cantik!".
Ruang bahagian dapur sebelum diubahsuai. Kos yang dikeluarkan untuk menukarkan sebuah rumah ini sekitar RM70K.
Ianya termasuk semua perabot baru, tambahan kabinet dapur, build in wardrobe untuk bilik utama, kabinet laundry, wet kitchen, wainscoting, lampu dan kipas satu rumah, langsir satu rumah, aksesori toilet serta semua barang-barang deko yang lain seperti dalam gambar.
Kos yang dikeluarkan tidak termasuk aircond. Konsep yang dihasilkan adalah modern elegence.
Ruang dapur selepas diubahsuai.
Hallway sebelum diubahsuai.
Hallway selepas diubahsuai.
Bilik tidur utama sebelum diubahsuai.
Bilik tidur selepas berjaya diubahsuai.
Bilik tidur ketiga sebelum diubahsuai.
Bilik tidur kedua sebelum diubahsuai.
Bilik tidur kedua selepas diubahsuai.
Bilik tidur ketiga selepas diubahsuai.
Ruang laundry dan dapur basah sebelum diubahsuai.
Ruang laundry dan dapur basah selepas diubahsuai.
Bilik air selepas diubahsuai.
Beliau berkata lagi dengan nada yang penuh merendah diri:
Terima kasih sekali lagi kepada Kak Ruby dan Abang Zali sekeluarga. InsyaAllah projek deko seterusnya di Myra Saujana Kajang Bangi dan Sunway Union Suite pula. Doakan urusan team kami di permudahkan.
Lokasi: Kondominium Parc 3 Cheras.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Selamat mendeco.