Kanak-kanak dan air memang tidak boleh dipisahkan. Kalau ajak mandi, memang agak laju disebabkan mahu bermain dengan air. Itu baru di bilik air tau, bayangkan kalau kita bagi mereka bermain dalam kolam, sudah pasti tidak mahu masuk rumah sebab seronok bermain air kolam.
Disebabkan anak-anaknya sangat suka bermain kolam, beliau tanpa berfikir panjang telah melakukan ubahsuai kolam ikan keli yang terbiar kepada kolam renang ringkas.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti di bawah ini.
Kolam lama terbiar, dahulu mak kita bela ikan keli, sekarang boleh bagi Anak-anak mandi.
Upgrade bagi cantik sikit, cat sahaja tak berapa sesuai. Merata cari cat biru tak ada, kita guna cat yang mana ada sahaja.
Anak-anak tak sabar nak mandi dah
Ini adalah semasa proses membuat kolam mula dilakukan. Pada bahagian tepi diberikan penambahan dengan membuat tangga.
Tangga pada kolam tersebut selesai dihasilkan.
Kemudian, setelah bahagian tepi selesai dilakukan penambahan. Beliau hias bahagian tepi kolam tersebut dengan tanaman pokok-pokok.
Akhirnya sudah boleh mandi.
Walaupun kolam dengan cara bajet. Namun, ianya mampu membuatkan kanak-kanak gembira untuk bermain air.
Wajah-wajah ceria anak-anaknya setelah dapat mandi kolam.
Simple dan menarik penghasilan kolam renang yang dihasilkan oleh wanita kepada 3 orang cahaya mata ini.
Diharap perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada pembaca di luar sana yang mahu menghasilkan kolam renang buat anak-anak bermain.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Nor Azlina Ena