Kita semua sudah tentunya ada menyimpan hasrat untuk mengubah sesuatu ke arah yang lebih baik. Dengan perubahan kearah kebaikan, ini sedikit sebanyak mampu mewujudkan satu perasaan gembira dan senang dalam diri.
Walaupun pada mulanya agak terasa jika mahu mengeluarkan bajet yang besar dalam membeli rumah busuk dan mengubahsuainya menjadikan baru semula, namun, jika niat kita untuk menolongan golongan yang kurang berkemampuan, sudah pasti segalanya akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Itulah yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Mohd Safuan. Beliau cukup terkenal dengan aktiviti membeli rumah busuk, kemudian menjualnya semula setelah dicantikkan semula dengan harga yang cukup berpatutan.
Jadi, jom kita lihat sebelum dan selepas ianya diubahsuai.
Jom tengok keadaan sebelum dan selepas rumah di Taman Kelab Tuanku.
Alhamdulillah. Rumah ini baru sahaja selesai proses jual beli. Happy owner dapat harga murah dengan rumah yang sudah cantik.
Beginilah rupa rumah busuk ini ketika beliau beli.
Bahagian dalaman rumah sebelum diubahsuai.
Ianya dipenuhi dengan barangan dan baju-baju lama.
Bahagian dalaman ini dicantikkan secara berperingkat.
Tengok la air pada sinki rumah ini, begitu berkeladak yang menandakan rumah ini telah lama dibiarkan terbiar.
Bahagian dapur mula dibaik pulih semula.
Pintu pada bahagian dapur belakang dipasang.
Itu sahaja perkongsian proses mencantikkan rumah busuk pada kali ini. Diharap dapat membuka mata pembaca di luar sana untuk membeli dan menjadikan rumah busuk itu rumah idaman buat keluarga. Semoga bermanfaat.