Sesiapa daripada anda pernah merasakan berpindah ke rumah sewa ppr yang lama terbiar dan ditinggalkan dalam keadaan yang kotor? Sudah pastinya banyak kerja-kerja ubahsuai rumah sewa ppr perlu dilakukan untuk mencantikkan kembali rumah tersebut.
Namun, ia tidak menghalang wanita bernama Mariana Fazyra dan pasangannya untuk lakukan ubahsuai tersebut. Pasangan tersebut menyewa sebuah rumah ppr yang lama terbiar dan dalaman rumah sangat dalam keadaan kotor.
Mereka berganding bahu melakukan ubahsuai dan juga dekorasi rumah sewa ppr tersebut. Kini, rumah tersebut telah pun nampak cantik. Jom kita tengok perkongsian daripada Mariana Fazyra ini terhadap ubahsuai rumah ppr tersebut.
Yang dahulunya muram kini berseri. Setahun berlalu banyak lagi nak diperbaiki lagi. Masih pelan2 kayuh. Cedok idea dari group deko jugak takde tema janji sedap mata memandang hehe
Keadaan Rumah PPR Yang Lama Dibiarkan
Masa first tengok rumah ppr ni. Ya Allah!! Betapa teruknya keadaan rumah ppr ini. Berikut merupakan keadaan dalaman rumah ppr yang telah lama ditinggalkan.
Lepas tengok keadaan sebegini, banyak kerja-kerja menyental dan membersih yang perlu dilakukan ini.
Keadaan bahagian dapur. Berdebu dan habuk sana sini.
Ada beberapa peninggalan daripada owner yang lama sebelum meninggalkan rumah ini.
Tilam pun dah reput. Haiyaaaa, bertabahlah.
Keadaan Rumah Sewa PPR Selepas Di Ubahsuai
Selepas beberapa proses menyental, mengemas dan membersihkan rumah ppr ini. Walaupun penat dan lelah namun ini lah dia rupa rumah ppr yang sekarang. Berubah terus berbanding yang dahulu.
Bahagian ruang makan yang simple sahaja untuk kami sekeluarga.
Katil ini dibeli di IKEA. Untuk wording pula, saya lakukan secara DIY sahaja dan tampal disitu.
Beberapa keping gambar dibahagian ruang dapur kami ini. Saya jenis orang yang suka mengemas. Semua nampak tersusun.
Bahagian ruang tamu kami ini. Segala deko ini tidak mengikut tema pun. Cukup kami lakukannya asalkan sedap mata memandang bagi kami.
Sumber : Mariana Fazyra