Tinggal di rumah sewa sudah pasti kita akan berfikir dua kali untuk menghasilkan dekorasi pada rumah tersebut. Mana tidaknya, kadangkala, ada pemilik rumah tidak membenarkan untuk kita hasilkan apa-apa ubahsuai terhadap rumah tersebut.
Tetapi, jika pemilik rumah membenarkan kita untuk melakukan apa sahaja terhadap rumah tersebut asalkan kekal cantik, tidak salahnya kita cuba membuatkan rumah sewa tersebut kembali menarik.
Seperti penyewa ini yang bernama Aizura Abdullah. Beliau sudah lama tinggal di rumah sewa tersebut. Disebabkan itu, beliau mahu memberikan nafas baru terhadap rumah itu.
Untuk melihat proses ubahsuai yang dilakukan, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Ingin berkongsi hasil deco rumah sewa kami. Dah 8 tahun kami duk rumah ni.
Alhamdulillah sekarang sudah cukup selesa untuk kami sekeluarga tinggal.
Keadaan rumah sewa ini sebelum diubahsuai. Beliau lakukan deco bajet sahaja. Bahagian pintu juga tidak ditukar, cuma tampal wallpaper sahaja. Sofa pun beli dekat Shopee dengan harga RM299.
Keadaan semasa proses DIY dilakukan. Disebabkan pintu bilik pun sudah tidak berselera untuk dilihat selalu, beliau letak wallpaper juga.
Bahagian pintu selepas diubahsuai. Semasa mula-mula cat dengan warna kelabu, beliau sudah mula risau sebab rumah nampak gelap. Tetapi bila masuk warna kuning, ia nampak cerah balik.
Bunga orkid itu, beliau gubah sendiri dan pasu dibeli dari Mr.DIY RM19.00 sahaja.
Kerusi kuning itu memang sudah lama teringin nak beli. Semuanya dibeli dari Shopee.
Langsir pun dibeli dari Shopee sahaja dan batang langsir itu beliau gunakan batang paip yang sudah di cat dengan warna putih.
 Drawer juga dibeli dekat Shopee dengan harga RM120. Kalau dekat IKEA dalam RM300 lebih satu.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca diluar sana.