Kediaman yang bertemakan konsep "Scandinavian Minimalis" ini merupakan kediaman yang menerapkan gaya hidup yang sederhana. Namun, susun atur untuk perabot yang didalam rumah ini tidak akan terlalu sempit dengan perlbagai aksesori tambahan.
Seorang 3D Visualiser bernama Hamini Madini ini telah menghasilkan ubahsuai rumah teres beliau berkonsepkan "Scandinavian Minimalis". Beliau menyatakan keluasan rumah teres beliau yang sebesar 435 sqft ini memang sesuai untuk konsep sebegitu.
Pelbagai bahagian dan juga ruangan telah diubahsuai untuk mencapai konsep Scandinavian minimalis ini. Hamidi juga telah memilih tema warna hitam dan putih sebagai warna utama untuk kediaman rumah beliau. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Kediaman ini berjaya disiapkan dalam masa dua bulan sahaja dan saya mula pindah masuk semasa bulan Ramadhan yang lepas dan segala susun atur di kediaman ini kami merujuk kepada laman perkongsian gambar atas talian iaitu Pinterest
Bahagian Dapur (Sebelum)
Kerja-kerja pembaikan pada bahagian dapur sedang dijalankan. Ia memerlukan masa dan tenaga untuk memecahkan dinding dan membuat dinding yang baru.
Bahagian Dapur (Selepas)
Inilah dia hasil pada bahagian dapur selepas kerja-kerja dilakukan. Berbekalkan dengan konsep laundry area bergabung dengan ruangan dapur.
Bahagian Ruang Tamu (Sebelum)
Ini pula merupakan bahagian ruang tamu. Sangat kosong dan tiada apa-apa barang lagi.
Bahagian Ruang Tamu (Selepas)
Tadaaa!!! Ni lah hasil selepas beberapa touch up sedikit pada ruangan ruang tamu yang kosong tadi. Akhirnya, nampak cantik dan sedap mata memandang.
Bahagian Koridor Tangga (Sebelum)
Bahagian ruangan tangga ini boleh dilihat sangat kosong dan tidak menarik. Pada ruangan di tepi tangga itu boleh dijadikan sebagai untuk berehat.
Bahagian Koridor Tangga (Selepas)
Bahagian permukaan tangga ini telah dipasangkan Lush Vinyl Interlock Plank iaitu sejenis kayu yang kukuh. Pada bahagian ruangan ditepi tangga tu, saya letakkan sofa dan sedikit wall shelf untuk menaikkan lagi dekorasi pada ruang tersebut.
Sumber : Hamini Madini