Pada masa kini, sudah tidak ramai wanita yang masih minat untuk bertukang terutamanya untuk mengubahsuai kawasan rumah sendiri. Tetapi, tidak bagi wanita ini yang bernama Auni Hazwani.
Beliau melakukan transformasi dapur rumahnya dengan cara sendiri tanpa mengupah orang. Perkongsiannya itu mendapat perhatian dari netizen dilaman sosial oleh kerana jarang kita lihat kerja pertukangan dilakukan oleh golongan wanita.
Jadi, jom sama-sama kita saksikan perkongsian menarik ini.
Hari ini nak kongsikan hasil kerja ubahsuai wet kitchen mak.
Ayah tolong buat yang basic je macam top sinki, island table dan pasang tiles. Selebihnya macam cabinet, cat apa semua tugas saya.
Total hangus RM1500 sebab buat sendiri tiada upah.
Keadaan dapur sebelum proses pengubahsuaian dilakukan dengan dekorasi dan konsep baru.
Keadaan wet kitchen semasa dalam proses pengubahsuaian.
Keadaan wet kitchen semasa dalam proses pengubahsuaian dilakukan sendiri oleh saudari ini. Kerajinannya memang patut dipuji kerana pada masa kini agak jarang kita boleh lihat golongan wanita yang masih melakukan kerja seperti ini.
Keadaan semasa dalam proses pemasangan jubin ceramic tiles. Penggunaan jubin jenis ini lebih jimat. Ceramic tiles boleh dibeli dengan harga serendah RM4 satu keping sahaja.
Boleh dapatkan disini :
Ini adalah hasil selepas selesai diubahsuai dengan dekorasi dan konsep baru.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu dalam mengubahsuai dapur mengikut kemahuan sendiri.
Semoga bermanfaat