Jika bercerita mengenai cara pembersihan rumah yang dapat memudahkan kerja seharian kita, sudah pasti apa yang terlintas di fikiran kita pada saat ini adalah dengan menggunakan penyedut hampagas aka pembersih vacuum.
Terdapat beberapa jenis vacuum yang sering digunakan di rumah iaitu vacuum berwayar dan vacuum tanpa wayar. Namun, sudah pasti pada masa kini orang ramai lebih tertarik untuk memiliki dan penggunaan vacuum tanpa wayar. Hal ini kerana, ianya lebih ringan dan mudah untuk di bawa ke mana saja.
Akan tetapi, sudah pasti sebelum ingin memberi vacuum, masih ramai yang tidak tahu dan bingung untuk memilih vacuum jenama apa yang sesuai digunakan khas buat kerja-kerja seharian di rumah.
Jadi, di sini, kami mahu cadangkan satu vacuum yang cukup berbaloi untuk dimiliki dek kerana tahanan yang luar biasa ada padanya. Jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Ini Review Vacuum Dibea F20 selepas 1 tahun 4 bulan Ben guna untuk kategori pertengahan.
Bukan cikai bukan kayangan tapi boleh jadi kuda suruhan sebab suction dia kuat. 25000 Pa. Kena sangat dengan apa yang Ben nak.
Rata-rata kebanyakan model ada yang sekadar 17000,20000 Pa. Tak cukup macam Ben nak. Jenama ini juga yang terbaik.
Kelebihan Vacuum Cordless Jenama Dibea F20 Max:
Vacuum cordless jenama Dibea f20 max memiliki 3 tahap sedutan iaitu biasa, sedikit kuat dan kuat sangat.
Selepas setahun lebih penggunaan vacuum ini, kualiti hasil sedutan masih kuat seperti dulu. Apabila habuk sudah penuh, ianya cukup mudah hanya dengan membuang semula habuk tersebut. Selepas itu, bersihkan filter dalamannya. Vacuum ini tidak pernah menghampakan untuk tugasan dalaman rumah.
Kualiti binaannya juga masih lagi utuh dan sukar untuk rosak. Memang masih tidak ada kesan patah walaupun selalu digunakan oleh kanak-kank berumur empat tahun.
Kalau dahulu, harganya mencecah hampir RM799. Tetapi, sekarang ianya lebih murah dengan harga sekitar RM666. Memang berbaloi untuk dimiliki.
Jadi, untuk 1 tahun 4 bulan penggunaan dengan nilai RM800 yang dibelanjakan, boleh dikatakan sudah balik modal kerana cukup membantu dalam aktiviti pembersihan rumah.
Itu sahaja perkongsian review pada kali ini. Semoga dapat membantu pembaca di luar sana dalam membuat pilihan yang betul semasa membeli vakum untuk kegunaan harian di rumah.
Kredit: Ben Safwan