5 Inspirasi Deko Ruang Tamu Mewah Di Malaysia

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki ruang tamu mewah merupakan impian semua orang. Namun, ia tak semestinya memerlukan bajet yang besar untuk merealisasikan impian tersebut. Pemilihan skema warna juga memainkan peranan penting untuk menjadikan ruang tamu anda kelihatan mewah. Selain itu, ia juga tidak bergantung kepada kuantiti perabot dan hiasan pada ruang tamu malah ia lebih mengutamakan kualiti.

Untuk menjadikan ruang tamu mewah dan anggun, anda haruslah memilih perabot yang mempunyai kualiti yang tinggi. Konsep minimalis juga boleh dijadikan sebagai ruang tamu mewah. Ia tidak semestinya mempunyai ruang tamu yang besar.

Di sini kami telah kumpulkan beberapa gambar deko ruang tamu mewah sebelum dan selepas yang boleh anda jadikan inspirasi. Jom kita lihat!

Sebelum Dan Selepas Deko Ruang Tamu Mewah

Dekorasi Ruang Tamu Mewah Dan Simple

Anda sukakan tema warna biru putih? Ia bukan sahaja kelihatan mewah malah sangat menawan. Jom kita lihat cara Puan Eivy Shariza deko ruang tamu rumah beliau.

SEBELUM

sebelum ruang tamu mewah 1

Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum beliau deko dan ubah suai.

SELEPAS

selepas deko ruang tamu mewah

Keadaan ruang tamu selepas beliau deko. Beliau menggunakan warna putih pada dinding dan dipadankan dengan perabot biru navy. Sangat simple dan mewah!

Elemen pada dinding dan bunga hiasan dapat menambah rasa kemewahan pada ruang tamu. Malah, tumbuhan hijau dapat menaikkan lagi seri pada ruang tersebut.

Ubahsuai Ruang Tamu Kepada Konsep "Mewah Elegan"

Ruang tamu anda memanjang? Jangan risau, anda boleh gunakan cara yang dikongsikan oleh Fara Nana untuk deko ruang tamu rumah anda menggunakan konsep mewah dan elegan.

SEBELUM

Keadaan ruang tamu sebelum deko dan ubah suai.

SELEPAS

Keadaan ruang tamu selepas diubah suai dan siap deko. Beliau menggunakan skema warna krim untuk nampak lebih elegan.

Lampu chandelier pada siling menjadikan ruang tamu itu kelihatan sangat mewah.

Ubahsuai Ruang Tamu Lama Guna Konsep "Mewah Simple"

Jika anda inginkan skema warna yang neutral. Jom kita lihat perkongsian daripada Puan Eivy Shariza untuk deko ruang tamu berkonsepkan mewah dan simple.

SEBELUM

Keadaan ruang tamu rumah beliau sebelum diubah suai.

SELEPAS

Beliau menggunakan warna kelabu dan menjadikan ruang tamu tersebut nampak simple tetapi mewah.

Gandingan warna kelabu dan kuning dapat menaikkan lagi seri pada ruang tamu rumah beliau.

Inspirasi Transformasi Rumah Lama Kini Kelihatan Mewah

Siapa sangka rumah lama boleh dihias menjadi rumah yang sangat mewah? Jom kita lihat dekorasi ruang tamu yang mewah yang dikongsikan oleh Haziq Ammar.

SEBELUM

Keadaan ruang tamu pada ruang menonton televisyen sebelum dihias.

Tempat duduk pada ruang tamu sebelum dihias dengan cantik.

SELEPAS

Keadaan ruang tamu rumah beliau pada ruang menonton televisyen selepas dihias. Beliau gabungkan warna bold dengan warna cerah.

Warna biru navy pada dinding dan sofa menjadikan ruang tersebut kelihatan sangat mewah. Malah, warna cerah itu dapat mengimbangi warna terang pada ruang tamu.

Keadaan pada ruang duduk yang kedua. Beliau menggabungkan warna biru navy dan kelabu. Tumbuhan hijau pada penjuru itu boleh menaikkan lagi seri pada ruang tamu.

Ubahsuai Rumah Kosong Kepada Gaya Mewah

Jom kita lihat pula ubah suai dan dekorasi ruang tamu pada rumah kosong kepada gaya yang mewah yang dikongsikan oleh Elfriza Abdul Ghani.

SEBELUM

Keadaan ruang tamu sebelum diubah suai dan dihias.

Keadaan ruang tamu selepas diubah suai dan dihias. Beliau menggunakan skema warna yang terang untuk menjadikan ruang tamu tersebut kelihatan sangat mewah.

Warna yang terang dapat menjadikan ruang tersebut nampak elegan.

Grand mirror pada dinding membuatkan ruang tamu kelihatan sangat eksklusif dan mewah.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga artikel kali ini dapat membantu anda mengubah suai dan menghias ruang tamu rumah anda supaya kelihatan mewah.

Semoga bermanfaat!

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down