DIY Table Top Marble Cantik Menggunakan Cat Epoxy

7,241 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah dengar atau tidak cat yang popular di Malaysia iaitu cat epoxy digunakan di meja untuk membuat DIY table top corak marble?  Jika selalunya anda mendengar cat epoxy ini hanyalah bertujuan digunakan untuk mengecat lantai sahaja, jadi anda silap.

Cat Epoxy juga boleh digunakan pada permukaan lain selain lantai. Namun, ada risikonya kerana cat ini memilih permukaan juga. Jadi seeloknya elakkan daripada mengecat cat ini pada permukaan kayu. Jadi, simen antara yang terbaik.

Seorang wanita bernama Liana Zulzaiziqzaim telah berkongsikan cara untuk menghasilkan DIY table top marble dengan hanya guna cat epoxy sahaja. Caranya juga sangat mudah dan senang. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

DIY Table Top Marble Menggunakan Cat Epoxy

Assalamualaikum, Saya nak kongsi DIY table top yang suami buat. 50% rumah ni suami yang buat sendiri. Sebab itu, makan bertahun untuk sempurnakan.

Pertama Kali Guna Epoxy

Table top i suami guna cat epoxy dan ia merupakan percubaan kali pertama. Mula-mula saya tak setuju sebab takut tak menjadi. Tapi bila dah siap, nampak cantik pula. Suami saya kerja kontraktor wiring dan pasang jubin

Bahan Yang Diperlukan

DIY table top marble

Cara Membuat Membuat DIY Corak Marble Top Epoxy

1. Campurkan dahulu bahan undercoat

2. Cat undercoat pada meja tersebut. Lepas itu, ratakan lapisan undercoat tersebut.

DIY table top marble

3.  Bancuhkan pula lapisan cat epoxy tersebut mengikut arahan yang dilabelkan pada cat. Lepas bancuh, tuangkan diatas table top. Pastikan guna berus dan perkakas yang dikhaskan untuk cat epoxy agar hasil kerja nampak kemas.

4. Jika ada permukaan yang berbuih, gunakan pemetik api untuk hilangkan buih tersebut

5. Selepas selesai sahaja sapu, biarkan permukaan cat epoxy tersebut tidak bersentuh selama seminggu.

DIY table top marble

Hasil Akhir

Inilah dia hasil corak marble yang dihasilkan itu. Macam tak percaya boleh menjadi. Hehehe

Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi dan mengetahui cara untuk DIY table top corak marble yang dilakukan oleh Liana Zulzaiziqzaim.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Liana Zulzaiziqzaim

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down