Ruang tamu minimalis sudah menjadi trend pada masa kini. Untuk deko ruang tamu minimalis ia memerlukan penyusunan yang bijak dan bebas daripada benda-benda yang tidak penting dan hanya menampilkan beberapa barang yang bermakna untuk menghasilkan persekitaran yang lebih menenangkan.
Ruang tamu minimalis juga dikenali sebagai ruang tamu yang simple dan anda tidak perlu habiskan banyak duit untuk membeli barangan atau hiasan untuk letak pada ruang tamu. Lagi sikit barang atau hiasan pada ruang tamu anda adalah lebih baik.
Kami telah merumuskan beberapa perkara yang penting untuk demo ruang tamu minimalis. Antaranya adalah warna yang sesuai, gaya untuk ruang tamu minimalis dan cara untuk deko ruang tamu untuk nampak lebih minimalis.
Warna putih bukan sahaja nampak simple malah dapat mengisi ruang kosong pada ruang tamu dan memberi ilusi lebih banyak ruang, luas dan cerah.
Warna lain yang sesuai untuk mencipta gaya minimalis adalah hitam. Rona gelap ini boleh digunakan sebagai bahagian aksen hiasan seperti bantal atau perabot tetapi tidak boleh mengatasi elemen lain dalam hiasan rumah.
Satu lagi warna yang sesuai untuk tema minimalis adalah dengan mengecat dinding berwarna kelabu. Warna neutral ini boleh digunakan sebagai aksen untuk menyerlahkan perabot anda dengan menggunakan warna kelabu yang lebih terang untuk mengecat dinding.
Anda boleh tambahkan aksen putih seperti meja atau lampu untuk mengimbangi warna tersebut.
Jika anda inginkan warna yang boleh mencipta lebih banyak kehangatan dalam ruang, maka warna earthy tone ini adalah idea yang bagus. Ia akan menjadikan ruang tersebut menenangkan dan mempunyai rasa kesederhanaan dan minimalis.
Gaya yang sesuai untuk deko ruang tamu minimalis adalah Scandinavian di mana ia menekankan kesederhanaan dan menenangkan. Susun atur untuk gaya ini tidak begitu rumit tetapi fokusnya adalah ruang yang cerah tanpa barang-barang yang tidak perlu.
Gaya monochrome juga sesuai untuk deko ruang tamu minimalis. Gabungan warna hitam dan putih dapat menjadikan ruang tamu anda kelihatan bersih dan kemas.
Cermin adalah bagus untuk menambah kedalaman pada ruang tersebut.Jika anda menggantungnya pada dinding yang menghadap ke ruang tamu, cahaya semula jadi akan memantul daripada permukaannya menyebabkan ruang tamu anda kelihatan lebih luas dan cerah.
Pilih reka bentuk cermin yang sederhana dan pilih warna yang gelap atau neutral sebagai hiasan dinding ruang tamu anda.
Selain itu, untuk deko ruang tamu minimalis, anda boleh pilih meja kopi yang mempunyai laci untuk menyimpan barang-barang seperti majalah atau mainan kanak-kanak supaya ruang tamu anda akan kelihatan kemas.
Selain itu, anda boleh tambahkan tekstur yang pelbagai seperti hiasan bunga di atas meja, lukisan pada dinding, selimut kecil pada sofa dan sebagainya. Ini akan menjadikan ruang tamu anda kelihatan lebih menarik, mesra dan menyeronokkan untuk dilihat dan didiami.
a) Lampu Meja
Anda boleh guna lampu meja dan elakkan lampu lantai kerana ia akan menjadikan ruang tamu anda sempit. Lampu meja ini sesuai untuk orang yang suka membaca di ruang tamu.
b) Lampu Gantung
Selain daripada lampu meja, lampu gantung ini juga sesuai untuk ruang tamu minimalis. Pencahayaan ruang tamu menggunakan lampu jenis ini akan membantu mencerahkan kawasan gelap dan mencipta kedalaman pada ruang tersebut.
5. Tambahkan tumbuhan hijau
Ingin deko ruang tamu tapi menyegarkan? Anda boleh tambahkan tumbuhan hijau dalam senarai pokok hiasan viral pada ruang tamu anda. Ia bukan sahaja memberikan kesegaran malah ia juga dapat meningkatkan mood, kreativiti dan dapat mengurangkan stress. Tumbuhan dalaman bukan sahaja kelihatan baik, ia juga boleh membuatkan kita berasa selesa.
Clean lines merupakan satu elemen di dalam konsep minimalis di mana penggunaan dekorasi yang sangat minimal dan jernih. Padanan warna dinding, perabot dan hiasan dinding adalah hasil daripada warna yang bersih dan tidak serabut.
Kesimpulannya, deko ruang tamu minimalis sangat mudah untuk digayakan dan anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkannya. Anda boleh pilih gaya dan warna untuk ruang tamu mengikut citarasa sendiri dan boleh juga rujuk artikel ini.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga anda mendapat idea dan inspirasi untuk membuat dekorasi bagi ruang tamu minimalis.
Semoga bermanfaat!