Bilik tidur merupakan salah satu ruang paling peribadi di rumah anda. Ia adalah tempat untuk beristirehat setelah satu hari anda bekerja. Mempunyai bilik tidur mewah seperti hotel tentu menjadi impian semua orang, walaupun deko bilik tidur simple pun boleh kita jadikan selesa. Tapi, tentu ada yang teringin nak deko bilik tidur mewah, kan?
Namun, bilik tidur seperti hotel tentu memerlukan kos yang tinggi dan tidak semestinya mempunyai bilik yang besar. Hal ini kerana, anda boleh guna beberapa tips yang kami akan kongsikan untuk jadikan bilik tidur anda lebih luas dan sejuk.
Tahukah anda bahawa terdapat banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mendapat suasana bilik tidur yang mewah seperti di hotel?
Di sini kami telah mengumpulkan 10 tips yang anda boleh ikuti untuk deko bilik tidur mewah ala hotel pada bilik tidur anda.
Perkara yang paling penting untuk deko bilik tidur mewah dan kelihatan seperti di hotel adalah dengan memilih cadar yang mempunyai kiraan benang sekurang-kurangnya 300 dan boleh pilih jenis fabrik yang anda selesa seperti satin atau linen. Selain itu, untuk jadikan ia seperti suasana di hotel, anda boleh gunakan cadar dan bedding sheets lain yang berwarna putih.
Cara untuk jadikan katil anda seperti katil hotel:
Pencahayaan sangat penting di dalam bilik tidur. Sekiranya anda ingin deko bilik tidur mewah, anda boleh tembahkan lampu hiasan sama ada di sisi katil atau chandelier dalam bilik tidur anda. Warna lampu yang lembut dan moody dapat jadikan bilik anda kelihatan mewah dan sangat selesa untuk beradu.
Pencahayaan yang tidak langsung seperti lampu yang mempunyai soft fabric shades atau cove lighting adalah pilihan yang terbaik!
Lihat 5 Panduan Untuk Memilih Lampu Bilik Tidur Dengan Tepat.
Pemilhan warna juga penting untuk deko bilik tidur mewah. Anda boleh pilih warna yang cerah untuk mencipta ilusi luas pada bilik tidur anda seperti warna putih. Jika anda inginkan bilik tidur anda sejuk, anda boleh cat bilik tidur anda dengan warna yang sejuk seperti warna biru, ungu, dan hijau.
Anda boleh segarkan bilik tidur anda dengan wangian sama ada penyembur wangian atau lilin aroma. Ia dapat jadikan bilik tidur anda lebih selesa dan rasa seperti di hotel! Antara wangian yang biasa digunakan di hotel adalah lavender, kayu manis dan bayu laut. Anda boleh cuba salah satu, tentu pasangan anda pun suka!
Untuk deko bilik tidur mewah, anda boleh letakkan cermin yang besar pada arah yang bertentangan dengan cahaya matahari supaya bilik tidur anda nampak luas. Anda boleh sandarkan cermin pada dinding dan hias supaya nampak menarik atau pun anda boleh beli cermin dan gantungkan pada dinding pada kedua-dua sisi katil untuk nampak lebih mewah dan seperti di dalam bilik tidur hotel.
Lukisan seni juga merupakan komponen utama di dalam bilik hotel yang mewah. Gantungkan lukisan yang anda suka atau lukisan yang dapat menggamit memori indah anda. Ia terpulang pada anda untuk paparkan sama ada kanvas besar atau pun lukisan yang berbingkai.
Jika anda tertarik dengan estetik moden, sekeping abstrak yang besar adalah pilihan yang sangat bijak. Tetapi, jika anda lebih sukakan gaya tradisional, anda boleh gantungkan landskap yang berbingkai.
Bentangkan karpet yang besar pada bilik tidur anda untuk menjadikan bilik tidur anda kelihatan mewah. Pilihan karpet besar juga adalah pilihan yang bagus kerana ia akan menjadikan bilik anda kelihatan luas. Ia juga akan menambahkan kehangatan pada bilik tidur dan salah satu cara yang paling mudah untuk meningkatkan gaya bilik tidur yang mewah.
Nanti dulu, sebelum beli karpet tu jangan lupa semak dulu samada saiz karpet yang anda inginkan sesuai dengan saiz bilik tidur anda. Kami ada sediakan 10 tips beli karpet yang perlu anda tahu.
Jika anda suka membaca atau membuat kerja di dalam bilik, ciptakan satu sudut yang boleh anda letakkan kerusi sama ada untuk berehat atau membaca. Anda boleh letakkan satu kerusi dan satu lampu untuk membaca. Hamparkan karpet yang berbulu untuk jadikan ia lebih selesa dan menarik. Ia juga boleh dijadikan satu sudut untuk anda bersantai dan berehat pada hujung minggu.
Untuk jadikan bilik tidur anda lebih menarik, tambahkan tumbuhan hijau seperti pokok skybird dan letakkan pada penjuru di dalam bilik. Anda juga boleh hias tumbuhan hijau ini pada ruang duduk atau bersebelahan dengan cermin yang disandarkan pada dinding. Tumbuhan hijau bukan sahaja dapat menampilkan ruang tamu yang mewah malah dapat membantu pengaliran udara yang segar di dalam bilik.
Untuk memberikan rasa mewah dan privasi pada bilik tidur adalah dengan memasang langsir blackout. Ia bukan sahaja dapat melindungi daripada cahaya yang panas, malah dapat mengurangkan bunyi bising di dalam bilik dan dapat mewujudkan suasana hotel dan menjadikan persekitaran yang lebih baik untuk anda menenangkan fikiran dan tidur.
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga ia dapat membantu anda deko bilik tidur mewah dan sekaligus memberi keselesaan kepada anda.
Semoga bermanfaat!