Idea Deko Bilik Tidur Kecil - 11 Cara Untuk Nampak Luas

Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Deko bilik tidur kecil selalunya agak mencabar kerana anda perlu seimbangkan gaya dan fungsi pada ruang tersebut. Bilik tidur merupakan salah satu ruang yang penting supaya kita dapat berehat dan tidur dengan tenang tanpa ada rasa serabut.

Sekiranya bilik tidur anda kecil dan sempit, tentu anda rasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika anda mempunyai barang yang banyak. Walaupun bilik tidur anda kecil dan sempit, anda masih boleh hias dan kemas setiap minggu supaya sedap mata memandang dan anda boleh tidur dengan lena tanpa gangguan barang-barang lain. Kalau kena gaya, deko bilik kecil pun boleh nampak mewah macam hotel.

Namun, terdapat beberapa tips untuk deko bilik tidur kecil yang anda boleh follow untuk memperdayakan mata anda supaya bilik tidur anda kelihatan lebih besar. Disini kami telah kumpulkan beberapa helah untuk jadikan bilik tidur kecil anda kelihatan besar dan luas.

Ini Cara Mudah Untuk Anda Deko Bilik Tidur Kecil Supaya Kelihatan Besar

1. Gunakan ruang secara menegak

rak untuk deko bilik tidur kecil

Perkara yang anda perlu fikirkan untuk deko bilik tidur kecil adalah fikir barang yang menegak. Disebabkan oleh anda mempunyai ruang lantai yang terhad, maksimumkan ruang daripada siling hingga ke lantai untuk menarik mata anda ke atas dan menjadikan bilik anda kelihatan lebih besar.

Sebagai contoh, rak simpanan boleh menyimpan barang-barang seperti buku, beg tangan, hiasan dan sebagainya. Idea ini sekaligus dapat menjadikan bilik anda lebih kemas dan tersusun.

rak vanity mirror

Rak Serbaguna Menegak

Boleh didapati dalam 3 saiz. Selain sesuai diletakkan di tepi katil, boleh juga dijadikan rak barang mekap. 
Beli di Shopee

2. Gunakan perabot yang berkaki

Untuk deko bilik tidur kecil, anda juga boleh gunakan perabot yang mempunyai kaki. Hal ini kerana, ia akan mencipta rasa lapang dan terbuka di dalam bilik tidur. Ia tidak semestinya semua perabot mempunyai kaki, sekurang-kurangnya satu perabot sahaja sama ada katil atau meja sisi dengan ketinggian tertentu. Lebih banyak lantai dan dinding yang kelihatan, bilik tidur anda akan kelihatan lebih besar.

Seperti di dalam gambar di atas, kaki bagi katil tersebut tidak terlalu tinggi namun cukup untuk membantu membesarkan ruang bilik anda.

katil queen bilik master

Katil Queen Kayu Berkaki

Katil cantik ini boleh didapati dalam dua pilihan warna, krim dan coklat. Rata-rata pembeli memuji katil ini kerana mudah untuk dipasang melaluii manual rujukan.
Beli di Shopee

3. Gantung lampu hiasan

Daripada menggunakan lampu di atas meja, apa kata anda pasang sahaja lampu gantung atau dikenali sebagai sconce pada sisi kepala katil anda. Ia berfungsi untuk menarik mata anda ke atas dan memberikan ruang pandangan yang terbuka dan lapang. Ia juga dapat mengurangkan kekacauan visual pada sekeliling katil anda.

Jika anda menggunakan sconce, anda boleh laraskan dan sesuai untuk bacaan pada waktu malam. Anda hanya perlu alihkan lampu bilik tidur anda ke tempat yang anda perlukan dan tolaknya semula setelah selesai.

lampu bilik tidur

Lampu Sconce Boleh Laras

Di sini ada banyak design lampu bilik tidur untuk dipilih. Selain lampu sconce, lampu siling, lampu pendant dan lampu meja juga ada dijual di kedai plum.my ini. 
Beli di Shopee

4. Gunakan warna yang cerah

Untuk menjadikan bilik tidur anda kelihatan luas dan besar, anda tidak perlu menggunakan semua warna putih tetapi ia tidak semestinya menjadikan bilik tidur anda kelihatan seperti bilik pembedahan! Anda tidak perlu menghias bilik tidur anda dengan semua warna putih, tetapi anda boleh gabungkan warna putih tersebut dengan warna-warna lembut yang lain seperti warna pastel.

Pastel berfungsi dengan baik di dalam ruangan kecil. Selain itu, warna kelabu cerah juga salah satu warna yang dapat menjadikan bilik tidur anda kelihatan luas. Apa kata anda cuba gandingkan warna putih dengan warna sejuk seperti warna biru lembut, hijau dan ungu untuk membantu membesarkan bilik tidur anda. Ini juga adalah salah satu perkara yang paling mudah untuk anda deko bilik tidur kecil!

5. Tentukan kedudukan karpet

Kedudukan karpet juga sangat penting untuk deko bilik tidur kecil supaya nampak luas. Karpet memainkan peranan yang sangat penting dalam susun atur dan reka bentuk, ia juga dapat dijadikan helah yang tertentu untuk mengubah rasa keseluruhan blilik.

Jika anda mempunyai bilik tidur kecil, anda haruslah meletakkan karpet pada separuh katil sahaja seperti yang ditunjukkan di dalam visual di bawah untuk menghasilkan kesan yang memanjang dan untuk memperdayakan mata anda di mana terdapat lebih banyak ruang pada bilik anda.

6. Gunakan cermin yang besar

Untuk mencipta ilusi yang lebih luas, anda boleh gantungkan cermin yang besar pada bilik tidur. Cara untuk meningkatkan cahaya semula jadi pada ruang anda, gantungkan cermin bertentangan dengan tingkap supaya ia dapat memantulkan cahaya daripada luar tingkap. Cermin yang bersaiz besar dengan bingkai yang ringkas dapat mengembangkan ruang visual dan menjadikan bilik tidur nampak mewah ala hotel.

cermin-bulat

Cermin Bulat

Lampu vintage yang nampak premium ini, jika digantungkan di dinding bilik tidur pastinya menjadikan bilik nampak mewah dan luas. Terdapat 4 pilihan saiz dan 3 warna untuk dipadankan dengan deko bilik tidur anda.
Beli di Shopee

7. Pasang rak terapung

Salah satu cara untuk mencapai keseimbangan antara memaksimumkan ruang penyimpanan dengan meminimumkan jumlah lebihan ruang di dalam bilik adalah dengan memasang rak pada dinding sama ada di kepala katil atau di sekeliling bilik. Rak ini dapat membantu menciptakan ilusi keterbukaan pada bilik tidur. Anda juga boleh mengecatnya dengan warna yang sama dengan dinding untuk menjadikan ia lebih menarik.

rak-hiasan-dinding

Rak Hiasan Dinding Terapung

Kayu yang tebal tetapi ringan. Juga mudah dipasang menggunakan bracket, skru dan wall plug. 
Beli di Shopee

8. Beli katil sekali dengan laci

Bilik tidur kecil tentu mempunyai masalah dengan penyimpanan barang, kan? Jangan risau, anda boleh gunakan setiap sudut pada bilik tidur anda untuk menyimpan barang-barang seperti baju, beg, dan sebagainya. Salah satu cara lain untuk anda menyimpan barang sekaligus dapat menjimatkan ruang adalah dengan membeli katil sekali dengan laci. Dalam laci tersebut anda boleh menyimpan barang-barang yang kecil seperti stokin, telekung, dan lain-lain lagi.

9. Gantungkan satu lukisan besar pada dinding

Dengan menggantungkan lukisan besar pada dinding, anda akan dapati bilik tidur anda kelihatan lebih besar. Deko bilik tidur kecil dengan lukisan besar akan nampak lebih santai dan menarik berbanding lukisan kecil. Anda juga boleh gunakan lukisan yang berwarna cerah untuk jadikan ia lebih lapang. Satu lukisan sudah cukup untuk menjadikan bilik anda kelihatan besar berbanding sebelum ini dan pastikan lantai anda bebas daripada barang-barang yang tidak penting supaya bilik anda tidak berserabut.

10. Gunakan konsep minimalis

Konsep minimalis sangat sesuai untuk deko bilik tidur kecil kerana ia mengelakkan anda daripada menyempitkan bilik tidur dengan barang-barang yang tidak penting. Pastikan bilik tidur anda bebas daripada barang-barang yang berselerak di atas katil dan lantai. Selain itu, jika anda mempunyai wardrobe terbuka, pastikan ia ditutupi dengan langsir atau pelitup kain supaya bilik tidur anda tidak kelihatan berserabut.

11. Pasang langsir daripada siling

Jika anda mahu siling anda kelihatan tinggi, gantungkan langsir anda berhampiran dengan siling. Langsir yang panjang dan lapang yang terbentang dari sling hingga ke lantai akan memberi gambaran bahawa siling anda lebih tinggi dari yang asal.

Kesimpulannya, anda tidak perlu risau jika bilik tidur anda kecil. Anda boleh ikuti cara-cara yang telah kami kongsikan untuk deko bilik tidur kecil supaya kelihatan luas. Walaupun bilik tidur anda kecil, ia sudah cukup selesa jika anda rajin kemas dan pandai membuatkan ruang tersebut kelihatan menarik dan tenang.

Semoga perkongsian daripada Giler Deco kali ini dapat membantu anda deko bilik tidur kecil anda!

Selamat Mencuba!

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
April 14, 2022
Dikemaskini pada
Jun 4, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down