DIY Frame Organik Menggunakan Ranting Pokok Belakang Rumah

299 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Anda tahu tak bahawa anda juga boleh menggunakan ranting kayu dibalakang untuk dijadikan sebagai frame organik? Mesti dengar macam tak masuk akal kan? Namun, itu yang dilakukan oleh Umar Uzair ini apabila beliau kongsikan gambar beliau melakukan sebuah diy frame organik.

Perkongsian tersebut telah pun dikongsikan didalam grup facebook Kelab Deko Sebelum & Selepas. Hasil diy tersebut mendapat pujian daripada ahli grup yang ramai mengatakan diy tersebut kreatif dan unik berbanding frame yang lain.

Jom kita melihat bagaimana DIY frame organik sebegini dilakukan dan hasil akhir diy frame tersebut.

Lelaki Lakukan DIY Frame Organik Chandeliers Menggunakan Ranting Pokok Belakang Rumah

Kerana terlalu cerewet menemukan sesuatu yang unik sebagai penghias dinding utama kamar, saya mengahwinkan ranting pokok yang telah mati di belakang rumah, disembur dengan pewarna emas dan bingkai potret besar yang dipotong sedikit di sisinya untuk mewujudkan kesinambungan.

Cara Mudah untuk Melakukan DIY Frame Organik Ranting Kayu

Untuk melakukan frame organik macam dilakukan brader ni. Yang pertama sekali ialah carikan frame gambar yang terpakai. Kalau nak beli yang baharu pun boleh jer.

Seterusnya ialah cari ranting pokok yang nampak unik dan rekabentuk yang menarik untuk diletakkan pada frame tersebut. Macam brader ni pilih ranting yang besar dan panjang sebegini dirumahnya.

Frame dan ranting tersebut haruslah disemburkan dengan pewarna emas untuk kemasan yang cantik. Sisi frame tersebut telah dipotong untuk mewujudkan kesinambungan.

DIY Frame Organik

Inilah dia hasil diy frame organik yang dilakukan oleh Umar Uzair ini. Nampak cantik dan kreatif juga diy ini. Sememangnya "out of the box" terus projek sebegini. Jarang orang Malaysia lakukan frame organik.

DIY Frame Organik

DIY frame organik tersebut sesuai diletakkan pada bahagian bawah lampu. Baru nampak glamourous gitu kan? Pencahayaan lampu yang memainkan peranan penting untuk nampakkan frame tersebut kelihatan cantik.

DIY Frame Organik

Kredit : Umar Uzair

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down