Musim hujan lebat berterusan di beberapa negeri menyebabkan mangsa yang terlibat dengan bencana banjir terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan berpindah ke tempat yang lebih selamat seperti pusat pemindahan banjir.
Secara kebiasaannya, apabila rumah hampir di naiki air, orang ramai akan sibuk dan kalut untuk memindahkan barang ke tempat tinggi dan selamat. Namun, itu semua tidak bagi warna emas ini yang bernama A. Bakar Che Ahmad.
Jika ingin mengikut dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Setelah kawasan rumahnya mula dinaiki air banjir, beliau hanya mampu tersenyum lebar apabila idea kreatif rekaan rumah kelong terapung yang pernah diperlekehkan oleh orang ramai sebelum ini membuahkan hasil dan rumah tersebut selamat dari air banjir.
Sebelum ini, boleh dikatakan agak ramai yang mempertikai idea kreatif dan usaha dari Pakcik ini dan menganggap ianya tidak dapat membantu sekiranya dilanda banjir.
Selain itu, netizen yang menyokong dan melontarkan kata-kata positif terhadap idea Pakcik ini juga sangat ramai. Mereka begitu kagum dengan kreativiti yang ditunjukkan oleh warna emas yang berusia 67 Tahun ini.
Akhirnya, Pakcik ini telah berjaya membuktikan idea yang diperlekeh pada ketika dahulu membuahkan hasil. Rumah kelong tersebut memang betul-betul terapung.
Komen dari netizen selepas rumah ini berjaya terapung:
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Marilah kita semua doakan agar mangsa yang terkesan dengan banjir tabah menghadapi dugaan ini. Aamiin ya rabbal alamin.
Kredit: Razali Bin Abakar