Jika kita baru sahaja mahu bertukang, perkara pertama yang cukup ditekankan adalah perlu kenali terlebih dahulu jenis-jenis kayu untuk kegunaan membuat body kabinet.
Hal ini kerana, jika kita sudah mengetahui jenis material sesuai bagi penghasilan sesuatu kabinet, barulah kita tidak mudah ditipu oleh penjual.
Jadi, jika masih belum tahu jenis material yang sesuai untuk buat body kabinet, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
1) Pintu panel aluminium
Biasanya tukang kabinet tempah dari kilang. Ianya datang dalam pelbagai warna. Harga kebiasaan bermula RM 60 - 85 sekaki persegi siap pasang.
2) Pintu Solid Nyatoh
Tukang akan tempah dari kilang kayu nyatoh. Ianya solid kayu nyatoh. Bukan lapik dengan plywood, guna HPL tetapi kayu solid.
Biasanya tukang akan terima kayu seperti ini berbeza ukuran dan tukang akan spray warna pilihan pelanggan. Harga kebiasaan bermula dari RM 55 - 80 sekaki persegi siap pasang.
3) Chipboard Laminate (Low Density Fibreboard)
Chipboard ini dibuat dari hasil habuk kayu yang dicampur dengan bahan tertentu seperti resin. Laminate maksud dia sebelah atau dua belah datang dengan HPL (High Pressure Laminate) sebelah atau dua belah depan belakang.
Warna putih atau hitam. Datang dalam saiz 4x8 atau 6 x10 kaki. Mudah serpih, patah tepi bila dipotong tanpa mata yang betul. Harga anggaran bermula dari RM 75 - 120 ikut ketebalan chipboard.
Ketebalan banyak jenis seperti 3/6/9/12/15/18 mm mudah kembang apabila terkena air.
4) MDF (Medium Density Fibreboard)
Tahan sedikit dari Chipboard sebab dicampur habuk yang pelbagai, ada tambah resin, wax. Ada banyak ketebalan, datang dalam saiz 4 x 8 kaki kebiasaan.
Ketebalan banyak jenis seperti 3/6/9/12/15/18 mm Dijadikan pintu, body dan finishing spray atau tampal HPL. Popular untuk yang nak buat shiplap sebab ada dijual siap potong.
Apabila terkena air, ia akan jadi lembab dan lama-kelamaan akan kembang. Harga anggaran bermula RM 60 - 100.
5) Plywood Plywood
Ada gred kayu lembut, ada gred reject export (yang ini cantik). Dibuat dari kepingan kulit kayu yang diproses nipis, kemudian digam dan ditindih bersama. Ia juga dipanggil juga sandwich plywood. Boleh buat pintu / rangka.
Finishing HPL, spray. Ketebalan banyak jenis seperti 3/6/9/12/15/18 mm. Harga bermula dari RM 45 - 120 mengikut gred dan ketebalan untuk saiz 4 x 8 kaki.
6) Papan Kayu Getah /Hevea Board
Kalau yang cakap Hevea Table Top itu,ingatlah yang ianya nama moden pada papan kayu getah. Biasa ada 2 saiz iaitu 15 dan 18 mm. Ramai tukang yang buat kayu getah ini permukaan atas untuk meja/kabinet tapi finishing clear.
Maksudnya jernih berkilat nampak warna kayu tapi tahan. Kayu getah ini disambung secara finger joint antara satu sama lain. Datang dalam 4 x 8 kaki dan harga anggaran bermula RM 85 - 125.
7) Blockboard Blockboard
Ini memang kebiasaannya akan datang satu side laminate putih atau dua dua depan belakang laminate putih. Dibuat daripada sambungan kayu getah yang gred tidak menepati kriteria untuk dibuat benda lain.
Disambung secara finger joint dan dilapisi/ditutup dengan plywood nipis sebelum tampal laminate.
Kebiasaan dibuat pintu kabinet atau body dalam kabinet sebab ianya sudah side putih. Senang dipotong. Datang dalam saiz 12/15/18 mm kalau tidak silap dan harga anggaran bermula dari RM 70-120 dalam saiz 4 x 8 kaki.
8) OSB (Oriented Strand Board)
Ini senang sahaja nak kenal. Nampak kayu yang dicari-cari nipis dan ditampal semula. Ianya memang seperti itu. Serpihan carikan kayu-kayu ini dicampur resin dan gam.
Kebiasaan datang dalam size 4 x 8 kaki juga datang dalam ketebalan 12/15/18 mm kalau tak silap. Boleh guna buat pintu, badan kabinet.
Orang sudah tak spray warna atau tampal HPL bila guna benda OSB ni.Selalu gosok dan spray clear protection supaya permukaan licin berkilat.
9) PVC Foamboard Material
Boleh dikatakan baru juga di Malaysia sebab tak semua tempat ada. Tengah dia ialah foam dan lapisan luar dilapisi dengan PVC putih/warna. Ada beberapa ketebalan seperti 12/18 mm . Harga anggaran bermula RM 95 - 140. Boleh buat pintu dan bahagian tepi. Panel tak sesuai untuk tampung berat beban.
Inilah di antara jenis-jenis material yang ada di MALAYSIA ini. Ingat, Formica itu nama brand untuk HPL. Ada Formica, Maica dan banyak lagi. Jangan biasakan yang salah ya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.
Kredit: Ben Safwan