Cara Atasi Masalah Najis Cicak Merata Di Rumah

7,712 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Anda ada mengalami masalah cicak merayap kat dinding rumah? Kadangkala satu rumah geli dibuatnya. Yang paling merisaukan apabila adanya cicak ni, kaalu anak-anak terpijak najis cicak yang merata-rata, habis satu rumah terkena najis nanti. Perkongsian dari Giler Deco pada kali ini adalah mengenai cara atasi masalah najis cicak merata di rumah.

Nak tak nak, kena cari juga penyelesaian kepada masalah cicak ni. Jom ikuti perkongsian oleh Hani Mynis dibawah untuk menyelesaikan masalah cicak di rumah.

Cara Atasi Masalah Najis Cicak Merata Di Rumah

Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak kat rumah ni. Hani anti kat cicak ini bukanlah semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najisnya yang merata-rata itu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila sudah kering.

Punyalah hani anti dan geli dengan cicak, ha hambik satu post hani buat khas untuk dia.

Sebelum hani kongsi macam mana nak elak atau tak nak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ini dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapuskan" dia.

Biodata cicak

Makanan cicak : binatang atau serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.

Pemangsa cicak: burung

Habitat cicak : Tempat yang hangat (disebabkan sekarang inikan musim hujan sebab itu banyak cicak masuk rumah, cicak sejuk dekat luar tu), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.

Kesukaan : persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju

Kebencian : bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat

Cara Mengatasi Masalah Cicak

Cara 1

Hilangkan bekalan makanan cicak kat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanan dia takda kat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau takda lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah hani susah nak jumpa cicak.

Cara 2

Disebabkan cicak takut kat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha takyah sampai cmtu sekali, memadai sediakan jejak burung seolah2 ada burung kat rumah kita dgn cara :

- letak beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana2 tempat cicak boleh masuk. Dia nampak je telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah haha.

- lekatkan bulu pelepah burung kat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat kan dinding jadikan perhiasan.

Cara 3

Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot kat dinding. Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau kat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut2 mcm bingkai cermin dan gambar.

Cara 4

Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai2 panggil geng dia sbb banyak makanan dia kat rumah tu haha.

Cara 5

Elakkan suka melonggok barang samada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas utk setiap barang2.

Cara 6

Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Kang membusuk lain pulak jadinya.

Cara 7

Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci/kabinet berisi makanan tak digalakkan.

Cara 8

Lap permukaan meja makan/ kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner, resepi kat caption gambar) untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita.


Bahan untuk hasilkan surface cleaner: 

- 250ml air biasa (air paip)
- 50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
- 3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy)
- 1 sudu plastik dettol

Cara 9

Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat kat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan untuk org penggeli cicak macam hani hahaha hani x berani buat ni.

Cara 10

Bela kucing sbb kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang2 sumpah2 pun dorang boleh “hadiahkan” kat tuan dia.

So pilihlah cara yang mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak kat rumah. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down