Kalau saluran paip tersumbat, ini langkah awal yang boleh dilakukan sebelum anda panggil tukang sebenar. Ini adalah salah satu dari beberapa cara yang paling berkesan dan mudah untuk dilakukan.
Apa yang penting adalah jangan sesekali jolok dengan batang penyapu, benda keras dan tajam pada saluran air. Nanti pecah, banyak kerja dan kos tinggi.
Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu, ibu tunggal, pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.
Pergi ke kedai hardware atau Mr.DIY dan cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Jadi boleh pilih yang mana lagi sesuai.
Beliau pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nak masuk ke dalam saluran. Kemudian tinggalkan sedikit sahaja yang lembut lebih kurang sejengkal.
Kemudian, jolok hingga masuk ke saluran. Gunalah 3-4 cara agar ianya masuk.
Apabila sudah masuk, putar wayar. Ianya sekali datang dengan pemutar manual. Beliau memilih untuk pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap kesemua punca paip tersumbat.
Jika mahu guna drill, ia perlu dikepitkan hujungnya dengan chuck drill dan ketatkan.
Namun, Jika mahu menggunakan drill, sebenarnya ia sesuai untuk saluran yang jenis lurus sahaja. Kalau tidak yakin atau tak nampak saluran air macam mana, putar sahaja manual pakai tangan.
Selepas itu, putar sahaja sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.
Setelah ianya dilihat laju, cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun. Apabila sudah okey, tarik wayar naik.
Seminggu sekali jirus air panas ke dalam sinki dapur untuk bagi lemak makanan mengalir.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca Giler Deco di luar sana. Selamat mencuba.
Kredit: Ben Safwan