Masalah paip bocor di rumah ini sememangnya merupakan perkara yang akan dihadapi oleh mana-mana penghuni rumah. Namun, adakah ada sudah mengetahui cara atau juga teknik untuk baiki paip bocor dirumah sekiranya ia berlaku?
Jangan risau sebab melalui perkongsian daripada Tarmizi Syazwan ini telah menunjukkan cara-cara yang betul untuk membaiki paip yang bocor dirumah. Caranya senang sahaja iaitu anda hanya memerlukan beberapa bahan seperti gam pcv, flex tape atau juga xpoxy putty.
Jom kita lihat bagaimana perkongsian ini menunjukkan cara untuk baiki paip yang bocor dengan betul. Tak adalah anda risau lagi jika perkara ini berlaku pada rumah anda.
Perkongsian baiki paip bocor dalam dinding rumah
1 - Perlu ada tools yang sesuai untuk kerja hacking dinding mcm rotary hammer, pahat, tukul & safety spek (sebab batu/serpihan tile boleh kena mata)
2 - Pecahkan dinding tanpa ada perasaan serba salah.
3 - Pastikan jumpa punca kebocoran dahulu. Jangan cepat declare dah jumpa mcm saya gambar 2 tu sebab paip dalam dinding bocor air akan ikut laluan paip tu hingga jumpa jalan keluar.
4 - Kena rajin baca komen2 fb, youtube pasal cara repair ini. Mulanya guna gam pvc pastu flex tape masih tak berjaya.
5 - Survey di kedai mr.diy jumpa epoxy putty ini pada saya sangat recommended untuk guna tempat yang bocor tu dengan harga rm9.00
6 - Pantau beberapa hari sebelum buat kerja kemasan semula dinding.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Baiki Paip Bocor Ini
Cara Untuk Baiki Paip Bocor Di Dalam Dinding Rumah
Gambar 1 : Kerja hacking mencari punca bocor
Gambar 2 : Pada mulanya ingatkan lokasi 1 yang bocor. Bila kita hacking lagi rupanya lokasi 2 adalah punca nya. Tipah tertipu hahaha.
Gambar 3 : Beli di mr.diy harga dalam rm16 lepas tengok youtube.
Gambar 4 : Lepas pasang flextape ini, hasilnya adalah gagal. Tak tahan pun macam kena tipu.
Gambar 5 : Bersih semula permukaan tapi dengan solvent bagi betul2 bersih kesan gam dari sebelum ini.
Gambar 6: Masih pergi mr.diy tertarik dengan gam ini epoxy putty RM9.00. Ade 2 bahagian potong ikut saiz dan main maacm plasticin dengan tangan bagi sebati.
Gambar 7 : Letakan epoxy putty pada tempat bocor macam nie. Tunggu hingga 3 jam dia akan kering & keras. Macam tak caya dari lembut macam plasticine hingga jadi keras macam batu/simen. Alhamdullih berjaya. Memang recommended hasilnya dah 3 hari monitor tak ade masalah bocor lagi.
Sumber : Tarmizi Syazwan