Cara Untuk Bersih Sofa Kulit Agar Kembali Nampak Bersinar

63 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap orang sudah pastinya menginginkan sebuah sofa yang cantikkan? Tidak dilupakan bahawa sejak habisnya zaman covid ni kesemua harga sofa sudah semakin murah berbanding yang dahulu. Ramai sekarang yang mencari sofa kulit kerana ia berasa selesa untuk diduduki.

Memiliki sofa kulit kadang-kadang sudah juga nak jaga kerana ianya sangat rapuh, mudah kotor dan juga mudah merekah jika tidak dijaga dengan baik. Anda memerlukan beberapa bahan untuk pastikan ianya kekal terjaga dan tidak mudah merekah macam sofa kulit yang lain.

Boleh ikuti perkongsian daripada yanti_ong melalui tiktok beliau ini yang menunjukkan bagaimana cara untuk bersih sofa kulit dengan betul agar kembali nampak bersinar dan berkilat seperti baharu. Lepasni tiada dah masalah sofa kulit kotor dan merekah akibat tidak dijaga dengan betul.

Cara Untuk Bersih Sofa Kulit Di Rumah Agar Kembali Bersinar Seperti Baharu

Dulu tak tau cara nak bersihkan sofa leather, senang je rupanya #caramembersihkansofadirumah #leathercleanser #householditems

Nak Sofa Berkilat? Ikuti Cara Untuk Bersih Sofa Kulit Guna 2 Bahan

Untuk memulakan kerja pembersihan ini pastikan ada 2 bahan utama iaitu spray cleanser dan juga leather mostuirizer.

Bersih Sofa Kulit

Letakkan cleanser pada sofa kulit yang anda ingin bersihkan.

Ambik span dan sapukan pada permukaan sofa tersebut.

Sapu sehingga dah rasa bersih. Boleh tengok keadaan span. Kalau hitam sangat bermakna sofa tu tersangat kotor.

Bersih Sofa Kulit

Selepas bahagian span, beralih pula cara seterusnya iaitu meletakkan leather moisturizer.

Bersih Sofa Kulit

Apa fungsi leather moisturizer ini? Ia berfungsi untuk melembapkan permukaan kulit sofa dan mengelakkan daripada ianya kering dan merekah serta membuatkan ianya kembali bersinar seperti baru.

Akhirnya dah siap juga bersihkan sofa ini. Nampak tak berkilat macam baru dan tidak lagi kotor.

Bersih Sofa Kulit

Video Tiktok Cara untuk Bersihkan Sofa Kulit

Kredit : yanti_ong (Tiktok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down