Semua orang mesti ada pengalaman mengecat rumahkan? Kepada yang beginner mengecat rumah sudah pastinya ada banyak kesan-kesan cat yang tertumpah pada lantai kan? Nak buang pun susahkan. Nak guna scrapper direct pula risau lantai atau jubin akan tercalar.
Jadi, cara alternatif kepada cara nak bersihkan cat minyak ni boleh menggunakan alat yang lain antaranya ialah Magic Cleaner yang digunakan oleh Ben Safwan. Jadi, bagaimana cara beliau menghilangkan kesan minyak tersebut?
Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Cara nak bersihkan cat minyak atas tiles rata. Paling senang paling mudah. Tak calar tiles anda. Jangan risau. Guna scrapper yang paling nipis dan spray apa-apa. Saya guna Magic Clean ni. Spray.
Lepas tu tolak je scrapper. Setel. Kadang-kadang tak perlu spray pun. Tolak je scrapper tajam.
Tips : Guna 2 scrapper supaya senang bersihkan bucu/permukaan mata supaya kekal bersih. Kalau cat air ? Tolak manja dah cukup.
Cara Untuk Bersihkan Cat Minyak Yang Tertumpah Atas Jubin
Inilah dia kesan cat minyak yang tertumpah pada permukaan jubin ni. Perkara biasa kalau kita dah mengecat rumahkan.
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk hilangkan kean cat minayk ini adalah Magic Clean dan Scrapper. Ia merupakan alat penting selain kain atau vakum wet dry.
Semburkan dahulu magic clean pada permukaan yang terkena cat tu.
Lepas jer sembur tu terus lapkan tempat permukaan tersebut dengan kain atau juga scrapper.
Inilah dia kesan cat minyak yang terkeluar.
Cat air pun tidak boleh ditinggalkan juga. Kalau dibiarkan macam serabut jer tengok.
Untuk cat air boleh guna scrapper dan terus tolak jer. Untuk cat air tak perlu gunakan magic cleaner.
Tadaaaa! Sekarang dah nampak bersihkan? Dengan menggunakan cara ini dapat mengelakkan dinding daripada calar.
Kredit : Ben Safwan