Bahagian tempat letak tv dengan keadaan wayar yang berselerak memang sudah tidak dapat di elakkan lagi. Namun, ia agak menjadi isu untuk pemilik rumah yang sukakan kediaman kemas dengan mengatakan ia menyakitkan mata.
Jadi, cara terbaik untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menghasilkan satu tempat khas supaya wayar yang berselirat itu terkumpul pada satu sempat sahaja.
Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Muhammad Syahir. Konsep yang digunakan untuk menghasilkan dinding seperti ini cukup simple dan menjimatkan bajet.
Jom ikuti cara dan bagaimana beliau hasilkan dinding yang cukup menarik ini.
Ramai yang tanya cara deco bajet untuk wall tv supaya dapat sembunyikan wayar yang berserabut.
Hanya menggunakan polyform (30mm) dan vinyl flooring beli kedai Eco sahaja.
Polyfoam atau polisterin dilekatkan pada bahagian dinding ruang tv.
Selepas dilekatkan, lantai vinyl pula mula dipasang.
Proses pemasangan sudah hampir siap dilakukan.
Wayar yang berselerak itu diletakkan pada bahagian bawah tv.
Beginilah hasilnya setelah ianya siap dipasang pada bahagian dinding.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea kepada semua pembaca dalam cuba untuk hasilkannya sendiri di rumah.
Semoga bermanfaaat.