Cara DIY Pagar Privasi Shera Plank Bermodalkan RM200

21,928 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak lakukan apa jua aktiviti diluar rumah sudah pastinya anda akan rasa rimaskan jika tiada privasi pada kawasan rumah anda. Jadi, tingkatkan lagi privasi pada kawasan rumah anda dengan mempelajari cara untuk melakukan diy pagar privasi yang dilakukan oleh Zabiratul Azra.

Zabiratul Azra berkongsikan cara melakukan pagar privasi tersebut didalam sebuah grup Facebook yang bernama " Tukang Apa Hari Ini".  Ia mendapat pelbagai reaksi yang positif daripada kesemua hali grup tersebut. Jadi, jika anda inginkan cara untuk melakukan diy pagar privasi ini. Jom kita tengok perkongsian daripada Zabiratul Azra.

Cara Yang Simple Untuk Lakukan DIY Pagar Privasi Bermodalkan RM200 Sahaja

Idea dr group ni utk projek diy PKP 3.0 anggaran kos RM200+. Shera plank 6 inci x 10kaki = 1 pcs.

RM17 saya beli 10 keping dan minta kedai potong siap2(kedai hardware area JB ,kg melayu majidee dekat2 dengan taman ungku mohsin) plus kos cat dan skru semua sekali bawah RM300.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Ini

Cara Untuk Melakukan DIY Pagar Privacy Ini

Inilah dia rupa keadaan pagar rumah saya sebelum ini. Nampak sangat terdedah dan tiada ruang privasi untuk sekeliling ruang rumah tersebut.

Pandangan daripada dalam.

Cara DIY Pagar Privasi

Untuk memulakan proses diy pagar privasi ini. Sesi mengecat shera plank sedang dilakukan. Mula-mula sapukan cat coating terlebih dahulu dan baru lah cat minyak.

Cat coating tu die macam cat jernih berminyak macam gam sikit, fungsi die kalau ada lubang2 halus kat kayu die tutup bagi smooth, lagi satu kalau kita nak apply cat colour lebih senang lekat warna tu pada kayu dan warna die lagi timbul cantik.

Lubangkan dulu papan then terus drill pada gate (kena buat 2 org, sorang pegang sorang drill)

Cara DIY Pagar Privasi

Skru yang saya pasang bahagian hujung tambah piring untuk bagi effect timbul.

Skru di bahagian tengah

Hasil Akhir DIY Pagar Privasi Yang Dilakukan

Selepas berhempas pulas melakukan diy ini, akhirnya siap juga pagar privasi yang serba menjadi ini. Nak buat apa-apa dikawasan rumah tidak perlu risau dah.

Cara DIY Pagar Privasi
Cara DIY Pagar Privasi

Sumber : Zabiratul Azra

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down