Cara Untuk DIY Rak Mesin Basuh PVC Yang Senang

32,348 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercakap mengenai bab-bab kemasan dibahagian tempat membasuh, pasti ramai yang mengeluhkan. Mana tak mengeluhnya, kadang-kadang sabun pencuci diletakkan diatas lantai, softner pula entah letak dimana dan juga bahan pencuci yang lain tidak disusun dengan kemas.

Mesti ramai para isteri selalu tertunduk atau terbongkok-bongkok ambil sabun pencuci baju dilantai atau tercari-cari softner/bahan pencuci yang lain kan? Sekarang tidak perlu lagi sebegitu kerana anda boleh DIY sahaja rak mesin basuh dengan mudah dan senang.

Menurut perkongsian daripada Mohd Hafizallah Ariffin ini, beliau telah berkongsikan cara untuk membuat satu rak khas untuk mesin basuh. Bahan yang beliau gunakan untuk hanya paip PVC dan beberapa keping papan. Jom kita tengok perkongsian beliau dan hasil akhir rak tersebut.

Cara Untuk DIY Rak Mesin Basuh PVC. Mudah Disimpan & Senang Untuk Dicapai

Masih projek pipe pvc...hehe

Khas untuk si isteri yang suka susun barang

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN

1. 2 Biji Penyambung 'L' paip PVC - LINK SINI

2. 12 Biji Penyambung 'T' paip PVC - LINK DISINI

3. 6 Sesiku 'L' besi - LINK DISINI

4. 2 Papan - LINK DISINI

5. 8 Batang paip PVC - LINK DISINI

CARA-CARA DIY RAK MESIN BASUH PVC

1. Sambungkan paip 'L' PVC

2. Penyambung 'T' diletakkan

rak mesin basuh

3. Letakkan sesiku L besi pada penyambung 'T'

rak mesin basuh

*Siku ‘L’ saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.

4. Letakkan papan dan skrukan agar tidak longgar dan menjadi ketat.

Sambungan yang lain mesti guna gam untuk PVC apabila semua ukuran dah cantik dan memenuhi citarasa. Papan tu boleh cari yang lagi murah dan kualiti yang baik ditempat yang lain.

HASIL AKHIR 

rak mesin basuh
rak mesin basuh

Macam mana dengan hasil usaha beliau dalam melakukan DIY rak mesin basuh ini? Kreatif dan bijakkan? Anda juga boleh membuat dirumah dan tidak perlu lagi hadap ruang masin basuh yang bersepah dan tak tersusun tu. Semoga bermanfaat semua.

Sumber : Mohd Hafizallah Ariffin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down