Boleh dikatakan setiap rumah memiliki extension atau wayar penyambungan elektrik. Disebabkan penggunaannya boleh dikatakan menjadi rutin harian, orang ramai mula lupa akan bahayanya penggunaan extension ini jika berlebihan (overload).
Apabila penggunaan extension tersebut berlebihan, banyak kesan buruk yang bakal dihadapi oleh pemilik rumah. Contohnya, berlaku litar pintas dan kadangkala boleh menyebabkan kebakaran pada suis utama serta rumah kediaman juga.
Jadi, untuk memupuk semula kesedaran kita semua terhadap penggunaan extension ini. Jom ikuti dengan lebih lanjut perkongsian di bawah ini.
Sebenarnya, masih ramai lagi yang tidak faham tentang Extension Plug Socket.
Short circuit atau lintar pintas boleh menyebabkan kebakaran
Sekiranya ia dipasang banyak seperti di dalam gambar di bawah ini. Lalu, ia hanya digunakan secara serentak untuk mengecas telefon bimbit atau digunakan untuk peralatan elektronik yang setiap satunya tidak melebihi 1 Amp (ringan) dan tidak kekal ON sepanjang hari, ia tidak membahayakan kerana soket plug utama masih boleh menahan sehingga 13 Amp maxima beban.
Tetapi, ia akan menjadi bahaya apabila pemilik rumah menggunakannya secara serentak kesemua socket extension tersebut dengan barangan elektronik yang mempunyai tekanan amp tinggi seperti cerek air (8 amp), periuk nasi (8 amp), seterika (5 amp), peti sejuk (3 amp), penyaman udara mudah alih 1.5 Hp (5.5 amp) dan lain-lain lagi alatan.
Sepatutnya MCB C20 akan Tripp kerana Overload. Tetapi, ramai dikalangan rakyat Malaysia menggunakan DB Automatik jenis murah dan berkualiti rendah. Jadi, MCB murah tersebut tidak Tripp walaupun amp telah Overloading.
Disebabkan perkara itu, kabel wayar akan menjadi semakin panas, soket plug akan cair, penebat kabel mula pecah dan akan menyebabkan berlakunya litar pintas.
Cut Out (fius luar pada meter) di bypass dengan wayar tembaga tebal dan tidak putus. Kabel mula terbakar lalu membakar kayu rangka bumbung rumah, dalam masa kurang 10 minit bahagian bumbung akan terbakar lalu berlakulah kebakaran akibat litar pintas.
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai cara betul penggunaan extension plug socket supaya tidak berlakunya litar pintas pada kali ini. Semoga bermanfaat.
Jika mahu kami kreditkan nama anda, boleh hantar mesej pada page Facebook Giler Deco. Hal ini kerana, kami tidak dapat mengesan individu yang berkongsikan tips ini. Terima Kasih