Sejak kebelakangan ini, sudah ramai pemilik rumah mula menghasilkan ubahsuai, dekorasi dan kerja pertukangan secara DIY pada bahagian dalaman rumah mereka. Hal ini kerana, untuk mengupah orang sudah pasti kos yang bakal dikeluarkan itu lebih besar. Jadi, dengan berbekalkan kerajinan diri sendiri, tidak salah ianya cuba dihasilkan sendiri untuk lebih jimat.
Perkara tersebut turut dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Amri Aziz. Penghasilan table top yang dihasilkan kelihatan agak senang cuma memerlukan sedikit kemahiran dalam bidang welding besi sahaja. Barulah kerangka table top yang dibina itu lebih tahan lama dan utuh.
Untuk melihat proses DIY yang dihasilkan ini, jom ikuti dengan lebih lanjut dibawah ini.
Permulaan projek, besi dicantumkan membentuk kerangka.
Cantumkan kesemua besi tersebut sehingga membentuk kerangka kabinet dapur yang di inginkan. Ia memerlukan sedikit kreativiti ketika proses ini.
Seterusnya, pasang plywood pada bahagian atas terlebih dahulu.
Kemudian, pasang pada bahagian tengah pula.
Dapur yang digunakan buat sementara waktu sebelum dipasang tiles bagi menghasilkan dapur table top.
Proses pemasangan tiles mula dilakukan pada bahagian permukaan. Ianya dilekatkan dengan menggunakan gam X-Bond.
Hasil setelah tiles selesai dipasang.
Selepas itu, pintu kabinet dipasang.
Pintu kabinet itu dibuat sendiri sahaja. Caranya mudah sahaja, pasang seperti pintu biasa, pasang ensel dan skru sahaja.
Inilah hasilnya setelah table top selesai dibuat hasil air tangannya sendiri.
Sangat kreatif penghasilan table top dapur yang dihasilkan ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.