Memiliki suami yang sanggup melakukan apa sahaja yang diminta oleh isterinya merupakan satu anugerah dan rezeki yang tidak ternilai. Bayangkan, walaupun suaminya baru balik dari bekerja, penat pun tak hilang lagi terus sambung hasilkan kabinet dapur buat isteri tercinta.
Perkara tersebut telah dihasilkan oleh suami kepada insan yang bernama Nadiah Ahmad Ahpuat. Isterinya itu siap menunjukkan lagi cara hasilkan kabinet dapur dengan menggunakan plywood sahaja. Namun, hasilnya seperti table top yang diperbuat daripada konkrit.
Untuk melihat proses penghasilan dengan lebih lanjut, boleh terus ikuti di bawah ini.
Assalammualaikum.
Hari ini saya nak kongsi kabinet yang dibuat sendiri oleh suami saya menggunakan material playwood sahaja.
Ini adalah sebagai perkongsian idea dengan anda semua yang nak ada kabinet bajet. Boleh sahaja gunakan playwood. Kemasan akhir, suami gunakan sticker yang dibeli dari Shopee.
Alhamdulillah, sudah hampir 2 tahun usia kabinet, masih lagi cantik seperti sediakala. Terima kasih suami sebab hadiahkan saya kabinet idaman walaupun kita bakal berpindah hujung bulan ini.
Saya sayang dengan dapur ini sebab inilah tempat saya bekerja. Tetapi, tak mengapa, mungkin yang baik akan datang. Alhamdulillah, owner kedai bersetuju untuk bayar keseluruhan kos dan peralatan kabinet ini, dia yang pesan jangan pecahkan. Sayang sebab cantik.
Semoga owner baru akan sayang dapur ini. Terima kasih semua!
Doakan suami dan saya dimurahkan rezeki untuk memiliki kediaman sendiri.
Masa mula-mula masuk, rumah ini kosong sahaja. Apa yang ada adalah pintu dengan singki yang sudah nak roboh.
Frame bilik ini suaminya juga yang naikkan sendiri, dia ukur dan pasang sendiri. Beliau sebagai suri rumah hanya tolong tangkap gambar dan bancuh air sirap.
Tarikh ini juga beliau bakal berpindah pada minggu hadapan. Perasaan sedih menyelubungi dirinya tetapi apakan daya.
Selepas sudah selesai bahagian bilik, suaminya naikkan partition untuk bahagikan ruang belakang dengan dapur. Dapur sekali dengan ruang tv.
Gambar terpaksa disensor kerana suaminya tidak memakai baju. Mereka langsung tidak mengupah orang, semuanya dilakukan sendiri oleh suaminya.
Masih lagi tidak berbaju, walaupun suaminya tiada kemahiran bertukang, Beliau hanya belajar dari Youtube dan memang beliau sangat meminati bidang pertukangan ini.
Untuk menghasilkan projek seperti ini sudah pasti agak penat. Suaminya kentalkan diri, selepas balik kerja terus sambung buat. Beliau hasilkan sedikit demi sedikit.
Ramai yang tidak percaya beliau hanya menggunakan material playwood sahaja untuk hasilkan kabinet dapur untuk rumah yang disewanya ini. Buktinya ada dekat bawah.
Dapur dengan pengudaraan pun dihasilkan sendiri oleh suaminya. Wiring, piping juga semuanya dihasilkan sendiri.
Masa ini kitchen island belum siap sepenuhnya. Kipas itu pun beliau sendiri yang pasang.
Pemasangan lantai vinyl beliau minta tolong anak buahnya untuk pasangkan.
Table island itu seharusnya diukur mengikut ketinggian isterinya yang rendang. Kata isterinya dengan nada bergurau.
Isterinya sendiri yang pilih nak pakai deep sink. Senang campak semua dalam itu. Barulah tak nampak serabut kawasan tu.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.