Rasanya ramai juga yang mengalami masalah semasa mencuci pinggan dan mangkuk, air basuhan tersebut akan bertakung pada bahagian rak tempat keringkan pinggan tersebut.
Hal ini kerana, ia disebabkan oleh tiadanya tempat pengaliran air pada pinggan tersebut terus ke bahagian sinki, jadi air akan turun ke bawah dan membuatkan ianya basah disebabkan sejatan air tersebut.
Bagi mengatasi masalah tersebut, lelaki ini yang bernama Lan Roslan telah berkongsi cara hasilkan tempat tiarap pinggan selepas cuci yang cukup mudah dan kreatif.
Untuk mengetahui perkongsian ini dengan lebih lanjut, jom ikuti di bawah ini.
Assalamualaikum, hari ini saya nak kongsi satu projek diy. Tempat tiarap pinggan selepas cuci.
Siapa nak copy silakan. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kawasan terhad.
Langkah 1:
Boleh cari batang paip yang ada dibelakang rumah yang tidak digunakan.
Langkah 2:
Ukur ketebalan pinggan yang digunakan dan lakar pada paip tersebut.
Langkah 3:
Potong ikut garisan yang dilukis guna gergaji paip PVC.
Inilah keadaan paip setelah selesai dipotong.
Bracket ini kalau pandai buat sendiri. Boleh buat dan welding sendiri.
Proses pembuatan telah siap.
Fungsinya adalah apabila air menitik itu akan terus masuk ke sinki.
Beginilah cara meletakkan pinggan yang telah dibasuh.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memudahkan kerja semasa membasuh pinggan. Selamat mencuba.