Cara Untuk Hilang Karat Degil Pada Mangkuk Tandas

1,672 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mesti malukan kalau tandas kat rumah tu berkarat dan berkulat macam tandas yang tak pernah dibasuh selama beberapa tahun. Kalau kotor biasa boleh bersihkan tapi kalau karat macam mana caranya?

Cara untuk hilang karat degil pada tandas ni boleh dilakukan dengan 2 cara. Cara pertama adalah menggunakan clorox. Cara kedua adalah menggunakan kertas pasir macam dikongsikan oleh Zakwan Anwar ini.

Menurut beliau kadang-kadang guna clorox tidak menjadi jadi kertas pasir menjadi pilihannya. Hasilnya boleh tahan menakjubkan dan tandas yang berkarat sebelum ini kini kembali bersinar.

Cara Untuk Hilang Karat Degil Pada Mangkuk Tandas Menggunakan Kertas Pasir Sahaja

Sekadar berkongsi pengalaman cuci toilet rumah lama tak berpenghuni ari nie.

Bermodalkan sand paper gred 1000, kejap je hilangkan kesan karat (RUST, bukan mold, mildew atau stain yang biasa ) pada toilet bowl & tiles. Yang penting, glaze pada ceramic tak hilang (tak jadi kusam) lagi kilat bedenting2 ade laa. Chrome kat lever cistern tu pun dapat naik seri balik even chrome lama tu da bintik & berlumut.

Pastikan kertas pasir dan permukaan tu dibasahkan waktu menggosok. Jangan gosok dalam keadaan kering. Mane tau ade yang mengalami problem yang sama boleh la try.

Kertas Pasir Yang Digunakan Untuk Hilangkan Karat Degil

Untuk hilangkan kesan karat dengan mudah saya gunakan kertas pasir gred 1000 yang ni.

Hilang Karat Degil

Kotoran Degil Tanggal Dengan Mudah

Inilah dia kesan karat yang susah untuk dihilangkan. Guna clorox pun kadang-kadang tidak menjadi. Jadi solusinya adalah dengan menggunakan kertas pasir gred 1000.

Hilang Karat Degil

Berikut merupakan video proses untuk hilangkan kesan tersebut.

Bersih dan berkilat seperti tandas baharu. Barulah tak malu sikit tetamu datang tengok tandas berkilat macam ni.

Daki dan lumut yang lama ni juga susah nak hilangkan.

Hilang Karat Degil

Gosok-gosok semuanya sudah pun hilang dan kembali bersinar seperti baru.

Ni satu lagi kotoran yang ingin ditunjukkan. Sebelum karat tersebut di gosok menggunakan kertas pasir.

Hilang Karat Degil

Ni dia hasil selepas karat tersebut di gosok dengan kertas pasir. Bersih berkilat hilang sekelip mata.

Hilang Karat Degil

Kredit : Zakwan Anwar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down