Semua nakkan sebuah tandas yang cantikkan? Bukan sahaja cantik malah dapat suasana yang menenangkan dan dekorasi ala-ala sebuah tandas hotel 10 bintang. Jika dapat tandas seperti begitu sudah semestinya sememangnya akan menjadi bualan setiap hari.
Untuk dapatkan suasana dan dekorasi tandas ala hotel sebegitu, sudah semestinya anda perlu melakukan renovasi tandas tersebut. Nak lakukan macam mustahil jer tetapi Muhammad Firdaus ada berkongsikan step by step cara untuk ubah tandas anda menjadi cantik sebegitu.
Jom lihat bagaimana beliau melakukan perubahan tandas yang lam mejadi sebuah tandas ala-ala hotel 10 bintang mengikut step by step yang diberikan ini.
Alhamdulillah ,Proses Renovation Sebuah Tandas Saya ada sediakan step by step kalau ada yang nak Diy sendiri.
Dari Tandas Biasa Menjadi Ala-Ala Tandas Hotel 10 Bintang
Klien nak sebuah renovasi tandas hotel 10 bintang yang cantik untuk dilakukan dirumah mereka. Jadi, ini dia step by step bagaimana untuk melaukan renovasi tandas menjadi ala-ala hotel 10 bintang.
Keadaan tandas sebelum renovasi ini dilakukan.
Frist sekali kerja coring dilakuka untuk alihkan laluan najis dan tandas.
Semua tiles dipecahkan untuk ganti dan letakkan tiles yang baharu.
Kerja-kerja waterproof dan render yang baharu pada tandas.
Pasang tiles untuk curun air pada floortrap.
Double check agar tiada kesilapan dilakukan dalam proses memasang tiles.
Ukuran tiles dilakukan teliti agar sama saiz dengan yang lain.
Cuci tiles agar dapat membuangkan kesan-kesan simen.
Settle semua pasang tile barulah proses memasukkan tab mandi, lampu dan air flashing kedalam tandas ini.
Alhamdulillah, akhirnya siap juga renovasi tandas hotel yang dilakukan ini. Mengambil masa lama tetapi hasil akhirya sememangnya memuaskan.
Kredit : Muhammad Firdaus