Cara Membuat Bouquet Coklat Menggunakan Sugar Paper

1,140 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Tahun baharu 2021 akhirnya sudah menjelma. Pastinya anda ada beberapa plan yang menarik untuk dilakukan pada tahun baharu ini. Antaranya ialah menyambut anniversary, membuat kejutan hari jadi dan apa jua sambutan yang ingin diraikan.

Namun, untuk membuat kejutan sedemikian keadaan tersebut anda memerlukan satu hadiah yang menarik. Untuk menjadikan ia menarik dan bermakna, hadiah tersebut adalah hasil tangan anda. Hadiah yang anda akan lakukan ini adalah membuat bouquet coklat menggunakan sugar paper.

Menurut perkongsian daripada Viral Oh Viral di laman sesawang Facebook, ia telah menunjukkan cara-cara membuat bouquet coklat menggunakan sugar paper untuk para rujukan kita semua. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk membuat bouquet coklat ini.

Cara Membuat Bouquet Coklat Menggunakan Sugar Paper

Bahan-Bahan yang diperlukan :-

  • Coklat
  • Lidi
  • Span kering (satu span panjang potong kepada dua bahagian
  • Ribbon
  • Gunting
  • Cellotape
  • Tali
  • Sugar paper (hitam)

Cara Membuat Bouquet Coklat

Langkah-Langkah Membuat Bouquet Coklat

 

1. Langkah Pertama

  • Gam kan coklat pada lidi( boleh guna cellotape/hot glue (untuk lebih kukuh)
  • Gam satu persatu sampai habis
  • Hasil coklat yang dah digam
  • Cucuk coklat yang sedia digam pada span

2. Langkah Kedua

  • Gunting sugar paper kepada dua bahagian..
    *sediakan dua keping sugar paper.
    1- Guna sebagai alas
    2-Guna utk balut keliling

3. Langkah Ketiga

  • Lipat separuh seperti dalam gambar
  • Terbalikkan kertas yang dilipat seperti dalam gambar
  • Lekatkan bahagian yang dilipat dengan satu bahagian kertas lagi menggunakan cellotape

4. Langkah Keempat

  • Alaskan coklat tersebut dengan sugar paper tersebut & balut coklat seperti dalam gambar. Lilitkan cellotape pada bahagian tersebut.Pastikan lilit pada tempat yang ada span.

Cara Membuat Bouquet Coklat

5. Langkah Kelima

  • Ambil satu keping kertas lagi dan potong kepada dua bahagian juga. Ambil satu bahagian dan letak kertas tue pada bahagian atas coklat seperti dalam gambar.

6. Langkah Keenam

  • Ikat guna tali seperti macam ni

7. Langkah Ketujuh

  • Akhir sekali, gam dan letakkan ribbon yang telah siap dibuat..For beginner,ampa boleh ikat guna reben biasa pon ok. Hati-hati apabila nak gam tu takut nanti ada kesan gam.

Cara Membuat Bouquet Coklat

8. Hasil Akhir!!!

Cara Membuat Bouquet Coklat

Menarikkan? Korang juga boleh membuatnya dirumah secara DIY. Bahan-bahannya sangat senang untuk dicari dan cara untuk membuat pn sangat senang, simple dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga berjaya semua.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down